‘Mula-mula dia tak mengaku..’ Kakak mangsa langgar lari Mercedes terbakar kongsi keadaan adik

Oleh GEMILANGDAILY

Semalam, tular dua video berasingan mengenai satu insiden yang melibatkan sebuah Mercedes Benz yang terbakar di Plaza Tol Wangsa Maju

Dan sebuah motosikal yang dilanggar lari. Video tersebut turut menunjukkan mangsa langgar lari mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.

Astro Awani mendapatkan perkembangan terkini daripada kakak mangsa, Syahrizah Saini, yang mengesahkan bahawa

Adiknya berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam video temu bual tersebut, Syahrizah berkata, “Mukanya cedera teruk, berdarah tidak berhenti.

'Mula-mula dia tak mengaku..' Kakak mangsa langgar lari Mercedes terbakar kongsi keadaan adik

Doktor telah beri dia pil untuk menghentikan pendarahan. Buat masa ini, mangsa masih tidak stabil dan mengalami masalah ingatan.”

Syahrizah juga menyatakan bahawa ketika dia membuat laporan, pihak polis terkejut apabila mendapati kejadian

Mercedes terbakar itu berkait dengan kemalangan yang menimpa adiknya. “Polis menelefon pemandu Mercedes tersebut.

Pada mulanya dia tidak mengaku, tetapi selepas polis menunjukkan bukti, suspek mula bertanya tentang keadaan penunggang motosikal,” kata Syahrizah.

Beliau menambah bahawa selepas laporan selesai, polis memberitahu bahawa pemandu tersebut dalam perjalanan ke balai polis.

Menurut laporan Harian Metro, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.38 tengah hari.

Sebuah jentera dengan tujuh pegawai dan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan bomba di lokasi, mereka mendapati kebakaran berlaku di bahagian enjin sebuah kereta.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.15 petang, menurut Komander Operasi, Nor Saiful Ibrahim.

BACA:Padah buka aib dan jatuhkan maruah suami, wanita didenda RM1300