Artis grafik dan aktivis, Fahmi Reza, telah disekat daripada menggunakan TikTok.
Penyekatan ini dipercayai berkaitan dengan kuliah yang disampaikannya malam tadi mengenai aktivisme pelajar.
“Akaun TikTok saya telah diharamkan selama-lamanya semasa saya melakukan siaran langsung
sesi ceramah Student Power di kampus UM mengenai sejarah aktivisme mahasiswa melawan penguasa dan pemerintah.
“Mula-mula TikTok sekat sesi siaran langsung saya, kemudian mereka terus mengharamkan akaun saya,” katanya.
TikTok memiliki dasar yang melarang pengiklanan politik, namun tidak menghalang kandungan politik.
Sebelum ini, TikTok mendedahkan dalam satu laporan bahawa antara Jun hingga Disember 2023,
kerajaan Malaysia telah membuat jumlah permintaan penyingkiran tertinggi kepada platform tersebut.
BACA: Faizal Hussain mengaku tak bersalah cabul kehormatan bekas penyampai berita