Allahyarham sempat bersiaran langsung di TikTok pada Isnin sebagai sebahagian daripada rutin harian beliau yang sering melayan peminat setianya.
Penyampai radio yang terkenal, Amin Nasarudin Tee atau lebih dikenali sebagai DJ Amie,
Beliau disahkan meninggal dunia dipercayai di kediamannya pada awal pagi Selasa.
Difahamkan, Allahyarham sempat bersiaran langsung di TikTok pada Isnin
sebagai sebahagian daripada rutin harian beliau yang sering melayan peminat setianya.
Berita pemergian penyampai berbakat ini dikongsikan menerusi hantaran di Facebook PAHANG FM selepas menerima laporan daripada pihak keluarga Allahyarham.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung sekitar pukul 5 pagi Selasa.
Jenazah kini sedang dipersiapkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan dengan kediamannya.
BACA; Wanita berbogel di khalayak ramai cetus situasi tegang orang ramai