Seorang pemimpin PAS mencadangkan agar faktor ‘pemberat’ seperti kekuatan parti diambil kira dalam menentukan pelantikan barisan kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Walaupun kuasa itu berada di bawah Pengerusi Muhyiddin Yassin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin,
Beliau menyatakan bahawa setiap keputusan harus dibuat dengan ‘bertimbang rasa’ dan mempertimbangkan kedudukan rakan komponen.
“Pas banyak alasan untuk dijadikan pemberat, contohnya PAS memiliki banyak kerusi (baik di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Mahupun Parlimen), dan kita juga memerintah empat negeri (Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu)… itu perlu diambil kira demi kebaikan bersama,” jelasnya.
“Walaupun Pengerusi mempunyai kuasa, namun rundinglah terlebih dahulu,” tambahnya.
Isu pembahagian jawatan tertinggi dalam PN kembali menjadi perbualan selepas Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, meletakkan jawatan sebagai Bendahari Agung komponen itu minggu lalu.
Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas PN mengumumkan pelantikan Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN, selain beberapa pemimpin Bersatu yang lain.
Turut diumumkan adalah Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, sebagai Timbalan Pengerusi PN, Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu sebagai Ketua Penerangan PN, dan Ketua Wanita Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin, mengetuai sayap Wanita komponen tersebut.
Dua lagi Naib Presiden, Ronald Kiandee dan Radzi Jidin, dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi PN.
Namun begitu, Samsuri, yang juga Naib Presiden PAS, menjelaskan bahawa tindakan mengejut tersebut adalah untuk memperkukuhkan parti dan tidak ada kaitan dengan keretakan dalam PN.
Menurut Samsuri, tindakan itu bukan disebabkan sebarang perpecahan antara parti dalam PN seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Bulan lalu, beberapa pemimpin PN, antaranya Faizal, Hashim, dan Presiden Gerakan, Dominic Lau, saling berbalas kenyataan mengenai isu Pengerusi PN dan calon Perdana Menteri bagi PRU16.
Faizal dan Lau mempertahankan Muhyiddin, sementara Hashim menegaskan bahawa PAS lebih layak memimpin kerana memiliki wakil rakyat yang paling ramai di Parlimen dan jentera akar umbi yang kukuh, serta mendesak agar perbincangan mengenainya diadakan.