Isteri kepada Abang Viva, Evanoza, meluahkan perasaannya di platform TikTok,
Beliau mendakwa bahawa suaminya berbalas mesej dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang lain.
Dalam hantaran tersebut, Evanoza memaparkan mesej antara Abang Viva dan wanita tersebut,
Dan mempertikaikan perbuatan mereka yang dilakukan di belakangnya.
Lebih menyedihkan, Evanoza mendakwa bahawa suaminya bersama wanita itu mengata tentang dirinya,
dan Abang Viva mengakui sudah tidak sanggup untuk hidup bersama isterinya lagi.
“Sedihnya suami sendiri kutuk kita… Tapi dalam masa yang sama, kau mengata dan cakap tak tahan nak stay dengan aku. Kau datang tak diundang, kau pergi tak halang,” tulis Evanoza.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, dengan ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap dugaan yang sedang dihadapi oleh Evanoza,
terutamanya apabila suaminya sendiri mengeluarkan kata-kata buruk tentangnya kepada wanita lain.