Tok Mat berjiwa besar,akui kesalahan mohon maaf merokok di restoran

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Menteri Luar, Mohamad Hasan, memohon maaf atas perbuatannya merokok di sebuah restoran.

“Jika perkara ini menimbulkan kebimbangan atau menjadi isu dalam kalangan masyarakat,

saya dengan ikhlas memohon maaf,” katanya di Putrajaya hari ini.

Timbalan Presiden UMNO itu turut mendedahkan bahawa beliau telah menerima notis saman daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah kompaun yang dikenakan akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara, ujarnya.

Tok Mat berjiwa besar,akui kesalahan mohon maaf merokok di restoran

Sebelum ini, gambar Mohamad sedang merokok di sebuah restoran di Negeri Sembilan tular di media sosial.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, mengingatkan bahawa tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang, termasuk jika melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Dalam gambar yang tular itu, Mohamad dilihat merokok bersama sekumpulan lelaki. Restoran tersebut adalah antara 28 tempat yang dilarang untuk merokok.

BACA: Penyampai radio meninggal dunia, sempat buat live Tiktok layan peminat