Dengan kemudahan akses kepada jutaan kandungan video ‘dewasa’ di telefon pintar, semakin ramai golongan muda yang mudah terjebak dalam masalah moral.
Lebih membimbangkan, mereka kini semakin berani terlibat dalam hubungan intim dengan individu lain, termasuk di tempat terbuka.
Berita mengenai kehamilan luar nikah atau pembuangan bayi kini tidak lagi dianggap sebagai perkara yang menakutkan bagi mereka.
Baru-baru ini, sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan kejadian tangkap basah yang melibatkan pasangan muda di sebuah hutan rekreasi.
Perbuatan mereka yang tidak senonoh disedari oleh beberapa pengunjung lain yang kebetulan sedang mencuci pinggan di anak sungai berhampiran.
Dalam suasana alam yang indah dan tenang, pemandangan itu terganggu dengan khemah yang dilihat bergoyang.
“Weyyyy, weyyyy, weyyyy, hoi, hoi, hoi… Kamu buat apa? Sini!”
Merasa tidak senang dengan apa yang sedang berlaku, sekumpulan pemuda yang berada di tempat kejadian segera bergegas untuk ‘menyiasat’ khemah tersebut
. Apabila pintu khemah dibuka, pasangan dalam khemah itu kelihatan panik dan cuba menutupnya semula.
Mereka kemudiannya dibawa ke pihak pengurusan pusat rekreasi untuk tindakan lanjut.
Sejak video berdurasi 32 saat itu tular, ia telah mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan.
Namun, sehingga kini, tiada maklumat lanjut mengenai tindakan yang dikenakan terhadap pasangan tersebut.
BACA: Jawatan punya hal, ulama Pas sekolahkan pimpinan Perikatan Nasional