Nama aku Haura. Asal dari pantai timur dan merupakan anak pertama dari empat beradik perempuan.
Kami sekeluarga hidup susah dari kecil. Abi seorang tukang kayu, manakala umi berniaga kuih kecil – kecilan.
Walaupun susah, kasih sayang umi kepada kami adik beradik tak berbeIah bahagi.
Boleh dik4takan keluarga kami sentiasa dipulau dan diperli oleh nenek dan adik beradik abi umi.
Setiap kali berkumpul sewaktu hari raya, mereka akan memerli abi umi malas belajar dan gatal kahwin awal sebab tu kami sekeluarga hidup susah.
Sampai satu tahap, kami adik beradik tak nak beraya bersama keluarga besar abi umi. Cukup kita – kita beraya di rumah sendiri. Lagi seronok. Setiap hari aku pesan kepada adik – adik supaya belajar sungguh – sungguh demi abi umi.
Kita kena ubah nasib keluarga dari terus diperli oleh d4rah daging sendiri. Dipendekkan cerita, aku telah tamat belajar dalam bidang perguruan dan menanti penempatan guru. Pada suatu hari aku ada temuduga di ibu kota dan hari tersebut telah mempertemukan aku dengan Dr. Hafidz (penemuduga jemputan).
Pada malam selepas temuduga, Hafidz mesej aku, memperkenalkan diri dan direct tanya aku sudah berpunya ke belum. Kalau belum berpunya, dia nak berjumpa. Aku bersetuju untuk berjumpa. Aku berjumpa di sebuah kafe ditemani adik ke-2.
Hafidz berterus terang dengan niat dihatinya untuk berkenalan tapi tak nak main – main, malah nak jadikan aku sebagai isteri. Aku saja je cakap kalau serius minta izin abi umi. Tak sangka Hafidz sanggup terbang ke pantai timur untuk minta restu abi umi.
Hafidz yakinkan abi umi dia mampu beri keperluan secukupnya kepada aku setelah bernikah dan cuba sedaya upaya buat aku bahagia. Aku terkejut bila abi umi suruh cepatkan pernikahan kami kerana mereka yakin jodoh awal adalah rezeki aku.
Abi umi yakinkan aku untuk percaya kepada jodoh dan rezeki sebagaimana kisah hidup mereka tapi mereka minta aku untuk uruskan hidup dengan lebih baik supaya tidak menjadi orang susah seperti mereka. Akhirnya kami disatukan majlis sederhana di masjid (ikut kemampuan keluarga aku) dan diraikan oleh penduduk kampung sahaja, bagi makanan dalam pek, selesai majlis. Pernikahan kami tidak dihadiri oleh keluarga besar abi umi.
Majlis hanya dibuat sebeIah pihak sahaja memandangkan suami sudah ketiadaan keluarga. Hanya ada abang dan adik perempuan sahaja sebab dari kecil suami kem4tian ibu ayah dalam kemaIangan dan dibesarkan di rumah anak yatim.
Sepanjang perkenalan selepas nikah aku dan suami ada kisah sedih suami aku, abang dan adiknya. Mereka bertiga ditinggalkan di rumah anak yatim oleh keluarga terdekat setelah kem4tian ibu ayah. Tiada sedikit peninggalan ibu ayah mereka dapat.
Abang iparku nekad dari kecil untuk bantu adik – adiknya untuk sama – sama berjaya dan dapat hidup seperti keluarga lain. Aku sangat kagum melihat bonding antara mereka. Sifat menghargai mereka bertiga sangat mulia.
Perjalanan hidup mereka juga sangat baik. Suami dan abangnya belajar diluar negara selepas SPM dan mereka belajar sehingga tamat phd. Adik ipar aku pula bakal menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran. Setelah aku bernikah dengan suami, abang dan adik ipar aku juga abi umi layan seperti anak sendiri.
Boleh dik4takan setiap hujung minggu kami berkumpul dan lakukan aktiviti bersama. Keluarga kami lebih ceria dan bahagia, seperti ada keluarga besar yang kami semua impikan. Berbalik kepada cerita selepas pernikahan kami, aku ikut suami ke KL sementara menunggu penempatan sekolah. Suami bawa abi umi sekali tinggal di KL.
Katanya nak renovate rumah usang di kampung, nak bagi abi umi hidup selesa. Kami semua tinggal di rumah milik suami dan abangnya buat sementara waktu. Rumah yang agak besar dan selesa dan muat seluruh keluarga kami.
Dalam proses perkenalan aku dan suami, suami ada bertanya abi umi apakah impian mereka dan sekiranya boleh diundurkan masa apa yang abi umi nak. Abi umi menjawab mereka nak sangat belajar sungguh – sungguh untuk jadi orang yang berilmu dan ada kemahiran yang betul.
Kalau boleh ubah masa abi umi kata mereka tak nak tengok pun anak – anak hidup susah. Suami rupanya dalam diam berpakat dengan abangnya untuk menawarkan dan menanggung abi umi mengikuti kursus kulinari dan pertukangan kayu.
Pertama kali aku tengok abi umi excited sangat. Di usia sebegini pun masih semangat nak belajar sebab sebelum ini tak dapat peluang sebegini kata mereka. Hari demi hari melihat kepada progress rumah yang dibaiki, kami sekeluarga terk3jut yang suami dan abangnya renovate rumah abi umi dengan lebih besar dan selesa, sesuai untuk keselesaan kami sekeluarga.
Suami dan abangnya berkata, mereka bersyukur dikurnia keluarga sebegini dan baru merasa seperti ada keluarga sendiri. Abi umi amat sayangkan mereka seperti anak sendiri. Tiada beza kasih sayang dengan kami adik beradik.
Beberapa minggu berlalu dan aku mendapat penempatan sekolah, kebetulan di kampung. Aku terp4ksa pjj dengan suami memandangkan suami bekerja di KL. Suami hanya balik hujung minggu. Adik – adik sedang sambung belajar di luar, begitu juga abi umi sedang mengikuti kursus dan tinggal bersama suami di KL.
Hanya aku seorang diri di kampung seperti aku pula bermusafir. Syukur aku dan suami terus direzekikan zuriat. Semasa awal posting aku telah berbadan dua. Aku juga bersyukur suami sangat membantu dari segi menjaga emosi sepanjang kami pjj.
Pada suatu hari, baru sahaja aku balik dari sekolah, nenek aku datang ke rumah. Melihat kepada rumah kami berwajah baharu, kereta yang dihadiakan suami untuk ulang alik ke sekolah dan aku sedang berbadan dua, nenek tengking aku disaksikan jiran-jiran,
“Kau kahwin dengan laki tua kaya dari mana? Bini no berapa? Abi umi kau dah gelap mata dengan kekayaan ke dah tak nak jumpa mak sendiri?” Macam – macam lagi yang nenek katakan yang tak dapat aku tulis di sini. Tiada angin tiada ribut nenek datang terjah dan tengking aku.
Em0si aku sangat tidak stabil berdepan situasi itu. Aku tak beritahu abi umi tetapi meluahkan kepada suami sahaja tentang kunjungan nenek dan apa yang berlaku tadi. Suami minta aku bersabar dan tenangkan aku. Katanya hujung minggu, bawa dia jumpa nenek. Aku berkeras, tapi suami merayu.
Tiba hari minggu, suami minta aku kotakan janji untuk ke rumah nenek. Aku dengan berat hati tunjukkan jalan. Sampai di rumah nenek, suami hulurkan tangan untuk bersalam dan memperkenalkan diri sebagai suami aku.
Muka nenek tiba – tiba berubah. Katanya ingatkan suami aku tua, rupanya masih muda. Suami aku bercakap dengan sopan, kebetulan pakcik aku pun ada sama. Dalam hati pandai betul suami aku ambil hati orang tua yang keras hatinya dengan keluarga aku selama ini.
Suami jelaskan segalanya berkaitan dengan abi umi, pernikahan kami, rumah, kereta, diri dia dan segalanya. Nenek dan pakcik pada ketika itu meminta maaf dengan aku dan terus buat video call dengan abi umi untuk meminta maaf.
Aku sungguh tidak sangka ianya berlaku dalam sekelip mata. Macam mimpi. Ilmu apa suami aku guna untuk jernihkan keadaan. Semenjak dari hari itu keluarga besar kami telah berbaik. Walaupun telah memaafkan namun kami tidak dapat melupakan apa yang berlaku dalam keluarga kami.
Nenek kerap tinggal di rumah kami. Katanya selesa dan positif. Semenjak berbaik, ahli keluarga ramai yang berkunjung ke rumah abi umi. Pakcik pun banyak minta pendapat dan bantuan suami dalam banyak hal.
Alhamdulillah, hari ini abi dan umi sudah ada perniagaan perabot dan kek sendiri. Mereka seronok berniaga sebab ada pendapatan yang stabil seperti yang mereka impikan dan selalu hadiahkan kami adik beradik serta menantu macam – macam.
Adik – adik semuanya sudah habis belajar dan mula mengajar (semua guru). Aku dan suami juga sudah dikurniakan anak kembar, Adam dan Hawa. Hari ini genap umur mereka tiga tahun. Aku dan suami masih pjj dan suami tak pernah missed untuk berjumpa kami setiap hujung minggu dan video call setiap hari.
Syukur dikurnia suami yang sangat memahami, menghargai serta menerima baik buruk keluarga aku dan yang paling penting ayah yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak – anak kami. Kepada suami tersayang, Hafidz, sekiranya Abang baca kisah ini, ianya satu penghargaan buat Abang dan terima kasih untuk segalanya.
Abang telah merubah hidup Sayang sekeluarga 360 darjah dan menjernihkan keadaan serta menerima kami seluruh keluarga seadanya, dari tiada apa – apa. Terima kasih juga kerana sentiasa cakna dengan hidup Sayang dan anak – anak.
Tak lupa juga penghargaan buat Abang Iman dan Dina kerana sudi menjadi sebahagian keluarga kami. Sesungguhnya Sayang amat sayang Abang sekeluarga. Abang, semoga kita kita dapat tamatkan pjj dan berjodoh sampai ke syurga. Ikhlas daripada Haura kepada Hafidz. – Haura (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ellyn Ramlee : Aku baca cerita.. rasa macam aku dalam famili tu. Rasa nak nangis bila part family ipar bonding dengan abi umi tt sebab dorang anak yatim piatu dari kecik. Tapi bila aku baca komen. Ramai betul yang bagi negetive vibes.
Sungguh pikiran negetive tu bagi bad vibes pada orang. Tak boleh ke pikir yang elok – elok. Dalam dunia nie ape je per4ngai manusia yang takde? Orang citer yang positif sekadar berkongsi. Dik4ta berangan kuat la… lonely la..
Tapi kalo citer yang negetive macam mak mentua jahat ke.. ipar jahat ke.. laki or bini jahat ke… jiran – jirang tagune ke… elok plak dik4ta tu semua ujud. Eh! Tak paham le… ke korang yang tak boleh terima kebahagiaan orang sebab sendiri tak rasa bahagia dengan hidup?? Amende le..
Rozita Ita : Sedih cite awak tapi suami awak dan adik beradiknye sedih harta ibu bapanya diambil tiada satu pun dibagi malah dicampak pula ke rumah anak yatim. Abang sulung bertekad mengubah keluarga. Keluarga yang mengambil hak anak yatim boleh dituntut di mahkamah.
BACA:Lelaki dedah kadar sewa kedai di KLCC, boleh beli Mercedes tiap-tiap bulan!