Stanley tarik balik 2.6 Juta cawan keluli tahan karat ini jenisnya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Syarikat terkenal dalam pengeluaran peralatan minuman, Stanley, telah menarik balik 2.6 juta cawan keluli tahan karatnya, lapor Forbes.

Penarikan ini dilakukan selepas terdapat puluhan laporan kecederaan dan kes melecur yang disebabkan oleh masalah pada bahagian penutup produk.

Model yang Terlibat

Produk yang terlibat dalam penarikan ini adalah semua model Stanley Switchback dan Trigger Action bersaiz 12 oz, 16 oz, dan 20 oz.

Isu pada Penutup Cawan

Stanley tarik balik 2.6 Juta cawan keluli tahan karat ini puncanya
Stanley dilaporkan menerima aduan bahawa bahagian penutup produk mengecut apabila terdedah kepada haba panas.

Akibatnya, penutup ini boleh terjatuh ke dalam bekas dan menyebabkan kecederaan kepada pengguna, terutama jika cawan mengandungi air panas.

Sehingga kini, sebanyak 91 laporan berhubung isu ini telah diterima oleh Stanley dari seluruh dunia, dengan 38 kes kecederaan melecur. Di Amerika Syarikat sahaja, terdapat 16 laporan dan dua kes kecederaan. Dari jumlah itu, 11 kes kecederaan memerlukan rawatan perubatan.

Nombor Pengenalan Produk
Produk yang ditarik balik dikenal pasti melalui nombor pengenalan yang dicetak di bahagian bawah cawan. Nombor pengenalan tersebut termasuk:

20-01437
20-01436
20-02211
20-02033
20-02779
20-02825
20-02030
20-02745
20-02957
20-02034
20-02746

Produk ini dijual melalui pelbagai saluran seperti Amazon, Walmart, Dick’s Sporting Goods, dan Target.

Tindakan untuk Pelanggan

Pelanggan yang memiliki cawan dengan nombor pengenalan tersebut disarankan untuk menghubungi Stanley.

Mereka boleh mendapatkan penutup cawan ganti secara percuma sebagai langkah penyelesaian.

BACA: Akhirnya Ifa Raziah tampil menjelaskan dakwaan memperlekehkan kaum Iban