Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, telah dilepaskan dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750
serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Keputusan ini dibuat oleh Hakim K. Muniandy selepas beliau membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes tersebut.
Berikut adalah kronologi kes Rosmah:
4 Oktober 2018
Rosmah pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 tuduhan pengubahan wang haram melebihi RM7 juta serta lima tuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
19 Disember 2018
Kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan Rosmah mengulangi pendirian tidak bersalah.
12 Mei 2019
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) ditangguhkan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19.
4 Oktober 2020
Rosmah memfailkan permohonan untuk dibebaskan dan dilepaskan daripada semua pertuduhan.
25 Februari 2021
Tarikh perbicaraan ditetap
kan bermula pada 15 November 2021.
12 Januari 2022
Prosiding ditangguhkan kerana Rosmah memohon untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini daripada mendengar kesnya.
3 Mei 2023
Rosmah mengemukakan representasi pertama untuk membatalkan kes.
11 Mei 2023
Hakim K. Muniandy dilantik menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.
12 Mei 2023
Perbicaraan pertama ditangguhkan selepas peguam Rosmah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
18 Ogos 2023
Rosmah mengemukakan representasi kedua untuk menggugurkan kes.
24 Ogos 2023
Pihak pendakwaan memohon masa tambahan untuk membuat keputusan terhadap representasi Rosmah.
1 Mac 2024
AGC masih belum memutuskan representasi ketiga Rosmah untuk menggugurkan semua pertuduhan.
4 Julai 2024
Rosmah membangkitkan perkara baharu dalam representasi ketiganya.
23 Ogos 2024
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan bahawa status representasi ketiga berada di peringkat akhir.
6 September 2024
Status representasi ketiga belum dimuktamadkan, dan hakim menetapkan tarikh 11 Oktober untuk hujahan lanjut.
12 November 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan keputusan kes pada 19 Disember 2024.
19 Disember 2024
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Keputusan ini menamatkan proses perundangan yang telah berlangsung selama lebih enam tahun.
BACA: Baru tiba di Malaysia jam 6.50 pagi, Shuib terus ke mahkamah kes RM1.6 juta