2 wanita campurkan dadah dalam lauk kenduri, semua tetamu ‘khayal’

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pengantin dan pihak katerer sebuah majlis perkahwinan di Longwood, Florida,

Beliau ditahan selepas tetamu yang hadir dilaporkan sakit akibat makanan yang dipercayai dicampur dengan ganja.

Menurut laporan Insider, majlis perkahwinan tersebut berlangsung pada 19 Februari lalu di The Springs Clubhouse dengan kehadiran sekitar 40 tetamu.

Polis Dipanggil Selepas Tetamu Tidak Sihat

Salah seorang tetamu wanita berusia 41 tahun melaporkan kepada polis bahawa dia mengalami rasa tidak sihat selepas menghadiri majlis itu.

2 wanita campurkan dadah dalam lauk kenduri, semua tetamu 'khayal'

“Dia mendakwa tubuhnya seperti dipengaruhi dadah, walaupun hanya makan makanan dan minum wain,” lapor Insider.

Beberapa tetamu lain turut melaporkan pengalaman serupa, termasuk rasa khayal dan muntah-muntah. Ada di antara mereka yang terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Seminole Selatan.

Tetamu Mahu Pihak Bertanggungjawab Didakwa

Seorang tetamu menyatakan hasrat untuk mendakwa pihak yang meletakkan ganja dalam makanan tersebut. Polis mengumpulkan beberapa makanan sebagai bukti, termasuk lasagna dan sekeping roti yang didapati positif mengandungi THC.

THC, bahan aktif dalam ganja, diketahui mampu mengaktifkan neuron yang berkaitan dengan keseronokan, tekanan, dan khayalan.

Pengantin dan Katerer Tidak Bantu Siasatan

Ketika ditanya mengenai kemungkinan makanan dicampur ganja, pengantin wanita, dikenali sebagai D (bukan nama sebenar), hanya menjawab dengan sepatah perkataan “tidak” tanpa menunjukkan sebarang ekspresi.

Katerer dan pekerjanya pula dilaporkan meninggalkan majlis sebelum polis sempat mengajukan soalan.

Pengantin dan Katerer Ditahan Selepas Dua Bulan

Selepas dua bulan siasatan, pengantin dan pengendali syarikat katering akhirnya ditahan pada Isnin baru-baru ini. Kedua-duanya didakwa atas tuduhan memanipulasi makanan, kecuaian, dan penghantaran ganja.

Namun, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan pada hari yang sama.

Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat mengenai keselamatan makanan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam majlis perkahwinan.

BACA: ‘Bukan sekadar mesej, video pun ada’ Lain pula jadi bila Abang Viva dedah perangai sebenar isteri