Ini idea memasak guna bahan asas hampir sama, boleh hasilkan 3 menu berbeza

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Jika kita pergi bekerja dalam keadaan tergesa-gesa, segala-galanya boleh menjadi kelam-kabut.

Apatah lagi jika bangun lewat dan perlu menguruskan anak-anak, perancangan untuk memasak bekal boleh terus terbantut.

Memang susah jika semua perkara perlu dilakukan pada waktu pagi, terutamanya dalam menyediakan bahan-bahan masakan yang memerlukan masa.

Namun, jangan risau! Kali ini, mStar akan berkongsi resepi meal prep dengan beberapa idea

seperti yang dikongsikan oleh akaun Lemon8 @wawadels.

Ini idea memasak guna bahan asas hampir sama, boleh hasilkan 3 menu berbeza

1. Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun limau purut
  • 2 sudu sos ikan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • Daun sup

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan hingga garing, kemudian angkat.

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili padi, dan serai.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan daun limau purut. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan seperti bawang, serai, dan halia boleh digunakan untuk menu lain sepanjang minggu.

2. Sup Daging

Bahan-bahan:

Daging
Ubi kentang (dipotong kecil)
Lobak merah
Daun sup
Bawang besar
Limau kasturi
Garam
Serbuk perasa

Bahan tumis:

5 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 inci halia (tumbuk kasar)
Sup bunjut
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Cara-cara:

Rebus daging menggunakan pressure cooker.

Goreng bahan tumis hingga wangi, kemudian masukkan sedikit air bersama ubi kentang dan lobak merah. Masak hingga ubi kentang lembut.

Campurkan bahan tumis ke dalam periuk daging. Tambah garam dan serbuk perasa untuk rasa yang seimbang.

Taburkan bawang goreng, daun sup, dan perah sedikit limau kasturi.

3. Ayam Perap Pelbagai Rasa

Untuk diet atau masakan cepat, cuba resipi ayam perap dengan variasi rasa seperti teriyaki, serai, lada hitam, atau sweet gochujang. Masak menggunakan air fryer yang mudah dan sihat!

Bahan-bahan:

2 ulas bawang (dipotong)

1 inci halia

Serai

Serbuk cili

Madu

Perahan lemon

Cara-cara:

Gaulkan ayam dengan bahan-bahan perapan dan simpan dalam bekas.

Untuk simpan lama, letakkan dalam peti sejuk beku.

Sehari sebelum memasak, keluarkan ayam untuk dicairkan di dalam chiller.

Masak menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 20 minit.

Dengan idea-idea resepi ini, anda boleh sediakan bahan-bahan mengikut menu dalam satu bekas.

Bila ingin memasak, cuma ambil satu bekas. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga, dan wang. Selamat mencuba!

BACA: ‘Bukan sekadar mesej, video pun ada’ Lain pula jadi bila Abang Viva dedah perangai sebenar isteri