Ini 5 rumah paling mahal di Malaysia cecah belasan juta ringgit, no.1 & no.3 pernah didiami PM

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Tentu sekali, apabila kita melalui kawasan perumahan elit, mata kita akan terpukau melihat kecantikan dan kemewahan rumah-rumah tersebut, bukan?

Kawasan-kawasan ini bukan sahaja menjadi simbol kemewahan, tetapi juga cerminan status dan kejayaan pemiliknya.

Berikut adalah senarai lima rumah banglo dan kondominium termahal yang pernah terjual di Malaysia,

Ia menunjukkan betapa eksklusif dan elitnya harta-harta ini.

RM12 juta – Banglo Bukit Damansara


Banglo di Bukit Damansara ini pernah menjadi kediaman beberapa tokoh terkenal, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. D

ahulunya, tapak ini merupakan kediaman kakitangan kerajaan sebelum ibu pejabat kerajaan dipindahkan ke Putrajaya. Di kawasan Damansara Heights, setiap kaki persegi banglo ini dijual pada purata harga RM652.

RM12.1 juta – Kondominium Serai Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur


Kondominium 21 tingkat ini terletak di Jalan Mendang Serai, Bangsar, dan memiliki 121 unit. Kawasan ini menjadi pilihan utama warganegara asing yang bekerja di Malaysia. Harga purata setiap kaki persegi kondominium ini ialah RM815.

RM12.6 juta – Banglo Bukit Tunku, Kuala Lumpur


Rumah banglo mewah ini pernah menjadi kediaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia.

Dikenali juga sebagai Kenny Hill, harga purata setiap kaki persegi di kawasan ini pernah mencapai RM442.

RM13.6 juta – Banglo Tanjung Tokong, Pulau Pinang


Banglo yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, ini merupakan kediaman kedua termahal yang pernah dijual di Malaysia.

Rumah ini terletak di jalan sempit berdekatan Jalan Bunga Hinai. Walaupun reka bentuknya sedikit ketinggalan zaman, harga purata bagi setiap kaki persegi di banglo Tanjung Tokong ini bernilai RM854.

RM14.5 juta – Banglo Pulau Tikus, Pulau Pinang


Inilah rumah paling mahal yang pernah dijual di Malaysia! Pulau Tikus mendapat namanya daripada bukit pasir dan batu yang menyerupai tikus.

Banglo ini terletak di kawasan kejiranan bandar ‘kelas atasan’. Harga purata setiap kaki persegi di Pulau Tikus ialah RM570.

Perkongsian ini menunjukkan betapa eksklusif dan berprestijnya hartanah di lokasi-lokasi mewah ini.

BACA: Sekumpulan pengunjung di tapak perkhemahan pelik terlihat khemah bergoyang-goyang