“Tak payah! Mummy tak perlu kahwin lagi” Anak tak restu Rita Rudaini kahwin lagi

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Hidup bertiga bersama ibu tercinta, anak-anak pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna,

Mereka kini selesa tanpa kehadiran bapa. Malah, kedua-dua puteranya itu melarang Rita untuk kembali berkahwin.

Perkara tersebut dikongsikan oleh mereka menerusi siaran langsung di TikTok sebagai jawapan kepada pertanyaan netizen tentang kemungkinan Rita akan mendirikan rumah tangga semula.

“Tak payah! Mummy tak perlu kahwin lagi. Sebab Mummy sudah cukup untuk Rayyan dan Arjuna,” ujar salah seorang anaknya.

Rita, yang kelihatan sebak mendengar kata-kata tersebut, berharap netizen memahami perasaan anak-anaknya dan menghormati jawapan yang diberikan mereka.

"Tak payah! Mummy tak perlu kahwin lagi" Anak tak restu Rita Rudaini kahwin lagi

Pelakon drama Mami Jarum Junior itu juga mengakui dirinya tidak bercadang untuk kembali berumah tangga kerana sudah selesa dengan status ibu tunggal.

Momen tersebut menjadi lebih menyentuh hati apabila Rita memeluk kedua-dua anaknya, mencetuskan suasana penuh emosi yang membuatkan ramai terharu.

@xtra_my Sebaknya! Inilah dia contoh ikon ibu tunggal yang fokus besarkan anak-anak ❤️🥹 #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaimen #ritarudaini #keluarga #netizen ♬ original sound – XTRA

“Dengar itu, Mummy sudah cukup untuk mereka berdua. Terima kasih!

“Mummy tak akan kahwinlah sebab Mummy nak terus bersama Rayyan dan adik,” katanya dengan penuh kasih sayang.

Sebagai makluman, Rayyan dan Arjuna adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan bekas suaminya, pemain bola sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Mereka berkahwin pada tahun 2008, namun bercerai talak satu pada September 2013.

BACA: Masakan Zarina Zainuddin tak lepas dibawa masuk ke Jepun ini sebabnya