Risau kroni tak boleh menang perlawanan, FIFA ubah peraturan Artikel 17

Oleh ISMAIL YAHYA

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menerima pakai “rangka kerja kawal selia sementara”

Berkaitan perpindahan pemain susulan keputusan Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) awal tahun ini dalam kes yang melibatkan Lassana Diarra.

Keputusan ini diumumkan lebih seminggu sebelum pembukaan semula pasaran perpindahan pada Januari, setelah perbincangan rapat dengan pemegang kepentingan utama.

Perubahan Artikel 17 Peraturan FIFA

Menurut FIFA, perubahan ini melibatkan artikel 17 peraturan FIFA yang mengawal status dan perpindahan pemain.

Risau kroni tak boleh menang perlawanan, FIFA ubah peraturan Artikel 17

“Rangka kerja ini merangkumi peraturan mengenai pampasan bagi pelanggaran kontrak, liabiliti bersama, dorongan untuk pelanggaran kontrak, Sijil Perpindahan Antarabangsa, serta prosiding di Tribunal Bolasepak,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Objektif utamanya adalah memberikan “penjelasan dan kestabilan” menjelang tempoh pendaftaran pemain akan datang, selain memastikan pematuhan kepada peraturan global yang seragam.

Kes Lassana Diarra dan Implikasi Kepada FIFA

FIFA, yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland, terpaksa meminda peraturannya akibat keputusan ECJ yang menyatakan peraturan perpindahan tertentu bertentangan dengan undang-undang kebebasan bergerak Kesatuan Eropah.

Kes ini bermula pada 2014 apabila Lokomotiv Moscow menamatkan kontrak Lassana Diarra atas alasan pelanggaran kontrak. Kelab Russia itu menuntut pampasan sebanyak €20 juta (RM93.4 juta) daripada Diarra.

Diarra, yang pernah bermain untuk kelab terkenal seperti Arsenal, Chelsea, Paris Saint-Germain, dan Real Madrid, menolak tuntutan tersebut dan sebaliknya meminta pampasan daripada Lokomotiv.

Namun, FIFA memutuskan bahawa Diarra perlu membayar €10 juta (RM46.7 juta) kepada bekas kelabnya, keputusan yang turut disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Selain itu, Diarra dikenakan penggantungan selama 15 bulan.

Rangka kerja baru ini diharap dapat memberikan kejelasan dan mengelakkan konflik serupa di masa hadapan.

BACA: Akhirnya aku dapat kekuatan ceraikan isteri pertama, anak-anak pun tak ingat dah mak kandung