Penyokong kerap check in gua punca old trafford jadi sarang tikus?

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Stadium ikonik Old Trafford kini dianggap kawasan tidak selamat berikutan masalah pencemaran tikus, menurut laporan dari Daily Mail.

Berita ini mengecewakan para peminat, terutama selepas sidang media Ruben Amorim baru-baru ini diadakan dalam keadaan air menitis akibat bumbung bocor.

Markah Kebersihan Merosot

Penilaian kebersihan makanan di Old Trafford telah diturunkan kepada 2 bintang daripada 5 oleh inspektor kesihatan.

Penemuan tikus di premis makanan dan kawasan padang menjadi antara sebab utama penurunan ini.

Penyokong kerap check in gua punca old trafford jadi sarang tikus?

Langkah Pemulihan oleh Manchester United

Manchester United kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan stadium daripada haiwan perosak tersebut.

Menurut laporan, masalah ini timbul kerana lokasi stadium yang berhampiran dengan terusan air dan landasan kereta api, selain dipengaruhi oleh cuaca sejuk musim dingin yang menjadi habitat ideal bagi tikus.

Insiden Sebelumnya

Kurang sebulan lalu, seorang penyokong menemukan bangkai tikus yang membusuk di bawah tempat duduk semasa menyaksikan perlawanan Liga Europa.

Tidak lama selepas itu, inspektor kesihatan menjumpai tikus di kawasan korporat/VIP dan di premis makanan yang dijual kepada penyokong.

Usaha Berterusan

Pihak kelab melaporkan bahawa mereka telah mengambil langkah serius dengan mengundang pengawal serangga (pest controller) sehingga lima kali seminggu untuk mengatasi masalah ini. Manchester United berharap langkah intensif ini akan berjaya menyelesaikan isu tersebut dalam masa seminggu.

Pihak kelab terus komited untuk memastikan Old Trafford kekal sebagai destinasi selamat dan selesa bagi semua penyokong.

Namun, insiden ini menjadi peringatan akan kepentingan pengurusan kebersihan yang berterusan di fasiliti besar seperti ini.

BACA: Penumpang kabel car Genting berdepan detik cemas, terkandas 2 jam