Cari pelanggan di WeChat, pelacur di Terengganu caj RM350 setiap langganan

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan mengaku bersalah atas tuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di Kuala Terengganu, Terengganu.

Majistret Yuhanis Mohd Roslan memerintahkan tertuduh, Saridatul Nor Asra Salleh, 29, membayar denda sebanyak RM3,000

selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dalam prosiding yang berlangsung pada Selasa.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang masih bujang didapati menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat.

Kesalahan itu dilakukan pada 20 Disember lalu sekitar jam 5.20 petang di sebuah hotel di kawasan tersebut.

Cari pelanggan di WeChat, pelacur di Terengganu caj RM350 setiap langganan

Saridatul mengenakan bayaran sebanyak RM350 bagi setiap langganan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

BACA: “Tak payah! Mummy tak perlu kahwin lagi” Anak tak restu Rita Rudaini kahwin lagi