Kejadian mengejutkan berlaku apabila seorang wanita diserang ular di tempat yang tidak disangka-sangka – tandas rumahnya sendiri.
Pada pagi 29 Disember lalu, Marie Jaimes, yang masih mamai sekitar pukul 4.30 pagi, terlupa untuk membuka lampu tandas.
Tanpa diduga, langkah kecil itu hampir membawa padah.
“Saya rasa seperti ada sesuatu menggigit kaki, mula-mula saya sangka semut,” cerita Jaimes. “
Tapi bila saya periksa, ternyata itu seekor ular! Jantung saya rasa seperti mahu tercabut – gelap pula keadaannya waktu itu.”
Ular kecil itu, dipercayai masih bayi, dipercayai menyelinap masuk melalui lubang di bumbung rumah Jaimes sebelum mendarat di lokasi yang tidak dijangka.
Walaupun saiznya kecil, kejadian ini cukup untuk membuatkan Jaimes tersirap darah.
Ia juga menjadi peringatan bahawa ancaman reptilia boleh muncul bila-bila masa, lebih-lebih lagi jika pintu masuk ke rumah tidak dipantau dengan teliti.
BACA: Lepas confirm tak pening kepala bila nak melancong, ini cara mudah daftar MyBorderPass