Hasrat nak makan lauk ikan musnah, duit kerap hilang! Wanita syak ada toyol jadian

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Setiap pekerjaan pasti hadir dengan cabaran, namun siapa sangka menjadi seorang pengasuh juga boleh membawa rintangan yang begitu menguji kesabaran?

Itulah yang dihadapi seorang wanita, yang menawarkan khidmat menjaga kanak-kanak di rumahnya.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang individu berkongsi pengalaman ibunya yang mengasuh dua kanak-kanak berusia tujuh dan 10 tahun.

Tugasan itu kelihatan mudah—mengambil mereka dari sekolah dan menjaganya hingga dijemput kembali pada sebelah pagi.

Namun, kebelakangan ini, masalah yang tidak disangka-sangka mula timbul.

Hasrat nak makan lauk ikan musnah, duit kerap hilang! Wanita syak ada toyol jadian

Duit Tabungan Hilang Secara Misteri

“Mak saya jaga budak-budak ni sejak lama, tapi sejak akhir-akhir ini, duit mak kerap hilang. Kadang RM10, kadang RM5. Terbaru, lebih RM100 pula lesap,” luah individu itu.

Menurutnya, wang yang hilang itu merupakan tabungan ibunya untuk kegunaan kecemasan, seperti membeli barangan dapur atau makanan.

Apa yang memburukkan keadaan, ibunya tidak berani menegur ibu bapa kanak-kanak itu kerana risau tuduhannya tidak dipercayai.

Kanak-Kanak Bersikap Agresif
Selain masalah kehilangan wang, kanak-kanak yang diasuh turut menunjukkan sikap yang mencabar. Jika dimarahi, mereka melawan, menjadikan tugas mengasuh semakin mencabar.

“Saya kasihan dengan mak. Dia dah tak ada duit nak beli ikan pun kais-kais. Itu saja duit yang dia ada, dan sekarang hilang pula,” jelasnya dengan nada kesal.

Cadangan Pasang CCTV, Tapi Tidak Mampu
Rata-rata netizen yang membaca kisah itu bersimpati dengan wanita tersebut. Ramai mencadangkan agar kamera litar tertutup (CCTV) dipasang untuk mengesan punca kehilangan.

Namun, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana mereka tidak mampu membeli peranti tersebut.

“Dah cuba sorok duit di tempat yang paling rahsia, tapi budak-budak tu tetap dapat cari. Bahkan, duit dalam beg duit bapa saya pun mereka curi,” ujarnya yang buntu dengan situasi tersebut.

Patutkah Ibu Bapa Diberitahu?
Persoalan yang kini menghantui individu itu: Haruskah ibunya memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa kanak-kanak dan meminta ganti rugi?

Di sebalik semua cabaran ini, kisah ini mengetengahkan kepayahan golongan pengasuh yang bukan sahaja memikul tanggungjawab menjaga anak orang lain, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka. Bagi sesetengah orang, tugas ini bukan sekadar pekerjaan—ia adalah ujian kesabaran dan keikhlasan yang tiada tandingan.

BACA: Rahsia disebalik kehidupan Najib dan PU Azman di penjara kajang, banduan dedah layanan istimewa