Aktor veteran, Datuk Rosyam Nor mencuit hati ramai apabila berseloroh mencadangkan agar pelakon Fattah Amin berkahwin dengan pengarah terkenal, Erma Fatima.
Dalam sebuah video TikTok yang dikongsi oleh pelakon Datin Seri Umie Aida, detik lucu tersebut berlaku ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.
“Aku rasa masalah Fattah ini, orang yang paling sesuai untuk dia adalah dengan Erma Fatima.
Erma pun tak perlu risau, sebab dia pun tak boleh beranak. Jadi, tak perlu risau nak hantar anak pergi sekolah ke apa,” ujar Rosyam sambil ketawa.
“Lepas tu, Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” tambahnya lagi.
Fattah, yang mendengar gurauan tersebut, kelihatan tercengang dan memberikan reaksi terkejut.
“Maknanya, Kak Umie Aida akan panggil saya abang? Macam-macam nasihat dia, pelik-pelik,” balas Fattah.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat Rosyam dan Fattah.
“Lucu betul Rosyam Nor ni. Tergamak dia suruh Fattah kahwin dengan Erma, mana boleh!,” komen seorang netizen.
“Mentang-mentang Fattah suka wanita lebih berusia, dia cadangkan Erma. Lawak betul!” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
BACA: Panas!!! KK Mart jual sandwich babi?