Assalamualaikum semua. Terima kasih kalau confession ni disiarkan.
Aku submit confession ni memang untuk minta pendapat dan pandangan semua, sebab kepala aku dah serabut dengan benda ni.
Aku anak tengah dari lima beradik, dalam perjalanan nak kahwin tak lama lagi.
Aku masih lagi tinggal dengan parents bersama adik aku sorang sebab kami berdua bekerja berdekatan dengan rumah family.
Adik aku baru awal 20an, masih berperangai remaja, hidup dia adalah dengan kawan kawan kebanyakkannya.
Seperti tajuk diatas, confession ni berkisar tentang mak aku. Mak yang aku sayang sepenuh hati, mak yang aku sangat hormati. Mak yang aku sanggup buat apa je untuk dia bahagia. Mak permaisuri hati kami.
Kami sekeluarga asal dari hidup yang susah, berpindah randah. Adik beradi…
[12:05 pm, 26/04/2024] Amir Faiz: Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi siarkan.
Straight to the point, aku perempuan, umur 29 tahun. Aku tengah sedih. Kepala aku tengah berserabut. Hati aku berkecamuk. Fikiran aku tak tahu nak hadam kan macam mana.
Selama ni aku hanya membaca confession anak anak lain. Tapi hari ini. Hari aku!
Tahun depan, 2021, insya allah aku akan bernikah. Tapi hari ini aku baru tahu. Aku anak luar nikah. Ibu babah baru bagitahu. Selama 29 tahun mereka berdua rahsia kan.
Bila aku nak lengkapkan borang permohonan nikah, babah dan ibu terangkan keadaan aku. Abah terangkan babah tak boleh jadi wali dan kena mohon untuk wali hakim.
Patut la selama ni bila aku tanya ibu tentang surat nikah mereka, ibu akan mengelak dan aku tidak pernah melihat surat nikah mereka.
Aku teringin nak tahu tarikh nikah mereka kerana ingin meraikan ulangtahun perkahwinan babah ibu.
Berbalik kepada cerita…
Aku terkedu. Perlahan lahan air mata mengalir. Hati aku hancur. Babah dan ibu pun turut menangis memohon ampun atas kesilapan mereka berdua dan menjadikan status aku begini.
Sambil mendengar penjelasan babah dan ibu, aku menerawang memikirkan kebaikan mereka berdua. Aku anak sulung, dan aku rasa babah dan ibu sangat memanjakan aku daripada adik beradik yang lain.
Aku tak rasa kurang pun dengan layanan babah dan ibu sebab mereka tidak pernah pilih kasih dengan anak anak mereka.
Bila memikirkan, aku tak sangka sebenarnya aku anak luar nikah. Hati aku remuk tapi aku sejukkan segera dengan mengingatkan kebaikan dan ihsan mereka padaku.
Selesai memberikan penjelasan, babah dan ibu meminta maaf dengan mencium tangan ku, memelukku erat. Aku sedih sangat. Tak tergambar sakit nya.
Babah dan ibu meminta aku merahsiakan daripada sesiapa waima bakal suami dan keluarga mertuaku.
Kerana mereka telah merujuk kepada pejabat agama dan pegawai menasihati biarkan ia menjadi rahsia dan tidak perlu diketahui oleh sesiapa. Pegawai tersebut mengatakan jika orang tahu, aku akan menerima akibat nya.
Jadi babah dan ibu meminta untuk aku merahsiakan daripada sesiapa. Adik beradik ku juga tidak mengetahui perkara ini. Saudara mara pun tidak tahu.
Mereka memaklumkan bahawa aku tak bersalah dan tidak perlu menerima akibat daripada orang sekeliling atas status ku itu.
Babah mengatakan walau apa pun yang berlaku, aku tetap anak nya. Dia meminta aku tidak berjauh hati atau membawa diri.
Dia meminta aku tidak rasa rendah diri dengan adik beradik. Dia meminta aku sentiasa pulang ke kampung walaupun sudah bersuami. Dia meminta aku jadi seperti biasa. Kerana aku tetap anak nya.
Tapi aku. Aku hanya mampu menangis. Setiap kali solat, aku menangis sepanjang solat. Aku rasa aku jijik dan tak layak ada kat dunia ini.
Aku persoalkan kenapa aku diuji tapi aku pujuk hati. Sebab aku mampu. Tapi hati aku tak kuat. Sumpah aku tak kuat.
Babah cakap mereka rahsiakan daripada aku semenjak aku sekolah menengah lagi untuk memberitahu hal sebenar. Tapi babah khuatir akan menjejaskan pelajaran dan emosiku.
Ketika aku melanjutkan pelajaran, babah risau aku akan lari dari rumah kerana dah besar dan mampu untuk pergi ke mana mana.
Dan hari ini, babah dan ibu terpaksa juga dedahkan kerana percaya aku akan bersikap matang dan mampu kawal emosi ku serta aku perlu tahu untuk menyelesaikan permohonan nikahku.
Setiap kali buka website untuk mengisi borang online. Di ruangan maklumat wali, aku akan terhenti. Aku mengharapkan yang aku boleh meletakkan nama babah sebagai wali. Tapi hanya mampu memilih wali hakim.
Dari aku bersedia untuk bernikah, aku membayangkan babah yang akan mewalikan aku sendiri. Tapi ia hanyalah angan angan.
Ibu cakap nanti aku akan ke mahkamah untuk memohon wali hakim. Aku tak tahu apa pula yang bakal ku hadapi.
Aku kesian dengan bakal suamiku kerana mendapat isteri berstatus anak luar nikah.
Aku tak tahu dengan siapa harus aku meluah. Tiada siapa. Ia aib babah dan ibu.
Aku nak tunjuk dengan ibu babah aku seorang yang kuat dan sudah memaafkan mereka berdua. Aku nak berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
Ada sesiapa yang mengalami nasib yang sama? Boleh bantu aku untuk ubat hati ini?
Maaf jika penulisan ku caca marba sebab sambil aku menaip, sambil itu juga aku menangis.
Reaksi Warganet
Ummi Kalsum –
Salam Sis. Moga moga sis tenang dan sabar hadapi peritnya sebuah kenyataan. Saya tau bukan senang menerima hakikat ni. Apatah lagi saya tak berada di tempat sis..
Sis tau, kenalan saya ramai yang mak ayah merahsiakan status mereka. Malah tanpa rasa berdosa menikahkan anak mereka dengan berwalikan wali yang tidak sah.
Sis tau akibat perkahwinan tu, keturunan seterusnya… anak2 cucu2 perempuan? Bukan sorang dua sis. Banyakk berkisahkan pernikahan seperti ni.
Ayahbonda sis sangat bertanggungjawab. Malah saya yakin mereka faham tentang agama. Alhamdullilah sis. Insyaallah keturunan sis akan terjaga. Mereka tak sorok kemungkaran hanya kerana malu. Kisah dan dosa lalu biarlah menjadi urusan ayahbonda.
Bagi saya mereka itu baik. Sanggup kumpul kekuatan untuk berterus terang. Which is, saya yakin bukan mudah. Moga Allah dindungi sis dan seluruh keluarga sis. Insyaallah.
Myra Salleh –
Bersyukur jela. Sekurangnya dorang dah jaga awak elok elok hingga besar dan tahu menjaga maruah diri, tak ulang kesilapan dorang.
Banyak je kat dunia ni anak anak lain ada ibu bapa kandung, menjadi anak yang sah taraf tapi tak dapat didikan dan kasih sayang selayaknya. Disiksa mental fizikal. Dihadapkan setiap hari dengan senario yang tak sesuai untuk perkembangan seorang anak.
Dalam hidup ni, kita kena tengok kehadapan, tengok kebelakang sekali sekala tu boleh untuk ambil pengajaran.
So, proceed with your marriage and live your life. Buat macam biasa dan tak ada perbezaan. What important is, future husband you respect you for who you are. That’s matter.
Kucing Belang –
Saya tak berada Di dalam situasi TT, tapi bila saya baca confession TT, saya tahu ia tak semudah yang saya tulis.
Tapi saya berpendapat tak perlu rasa bersalah dan rendah diri kerana perkara ini berlaku bukan merana salah tt. Maafkan lah ibu dan babah tt kerana kesalahan masa lampau mereka. Doakan semoga Allah mengampuni mereka..
TT bernasib baik kerana dijaga dgn penuh kasih sayang oleh mereka dan mereka tidak pilih kasih dengan Adik beradik lain. Berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan..
Dan jaga aib mereka dan aib sendiri. Dengar nasihat daripada pegawai agama, mereka orang yang Ariff dan sudah biasa handle perkara perkara macam ni
Saya doakan semoga urusan tt dipermudahkan.
Safiya Humaira –
Jangan dedah dosa, Aib sendiri, ibu ayah, adik beradik, ahli keluarga yang lain mahupun kawan kawan sebab ianya berkait rapat dengan soal malu dan aib yang perlu dijaga ..
Setiap orang tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Kita bukan malaikat untuk tampil sempurna. Kita hanya manusia biasa yang akan belajar dari satu kesilapan dan tidak mahu jatuh ke dalam satu kesilapan yang sama ..
Mungkin sukar untuk dapat peluang kedua di mata manusia tetapi Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita kembali kepadanya . Jangan hukum mereka di atas kesalahan lalu kerana boleh jadi taubat mereka telah pun diterima Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun..
Bila Allah dah jaga aib mereka daripada umum. Tugas kita sebagai anak yang soleh adalah terus menjaga aib mereka juga kerana mereka adalah ibu dan ayah kita ..
Suami bila bercerrai hidup dan mati tetap boleh ditukar ganti. Tetapi untuk ibu dan ayah walau diberi dengan duit dan seisi dunia, tiada suatu benda pun yang dapat mengatasi dan mengantikan tempat mereka disisi kita ..