“Abah tinggalkan kami sebab nak kahwin janda anak 2, lepas 10 tahun abah hilangkan diri sekarang abah tiba-tiba datang”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Saya telah berkahwin dan ada seorang anak lelaki tapi ni bukan masalah rumahtangga saya tapi ini berkenaan masalah ibu bapa saya.

Abah saya bekerja kerajaan dan gaji yang sangat tinggi, mungkin bagi abah, bila dia p0ligami tak ada masalah tapi yang jadi masalah ialah bila dia tak pandai nak berlaku adil terhadap mak saya.

Mak adalah isteri pertama. Setelah 20 tahun hidup bersama, abah berubah sikap sejak berjumpa seorang perempuan janda yang beranak 2.

"Abah tinggalkan kami sebab nak kahwin janda anak 2, lepas 10 tahun abah hilangkan diri sekarang abah tiba-tiba datang"

Mereka kemudian berkahwin dan sekarang mempunyai 3 orang anak kandung.

Selepas kahwin abah pon jarang balik ke rumah, jarang bagi duit nafkah. Mak dah mula tertekan dengan sikap abah tapi masih bersyukur kerana Allah kurniakan kesihatan dan mak mengasuh 2 orang budak jadi dapatlah dalam RM500.

Abah selalu marah, m4ki mak di depan orang tak kira sama ada depan anak atau depan jiran. Selepas beberapa tahun, abah saya dipindahkan ke luar negeri, mak orang pertama yang gembira kerana perempuan tu akan ditinggalkan dan dibawa kami semua tapi hanya sekejap selepas abah berjumpa pula dengan seorang perempuan, janda beranak 1 katanya mualaf.

Dipendekkan cerita mereka berkahwin sampai la kesaat ni tapi masih tiada zuriat bersama, selepas perkahwinan ketiga ni abah kata dia telah ceraikan isteri keduanya, tapi mak masih tak percaya sebab dah dua kali ditipu hidup – hidup macam tu aje.

Mak masih beri peluang mana tahu abah akan berubah dan menyesal apa yang dilakukannya. Sebenarnya banyak lagi abah dah buat pada mak seperti simbah air minum di muka sebab minta duit belanja dapur. Sampai satu masa abah kumpulkan kami semua dia kata dia nak hantar kami ke rumah arw4h nenek sebeIah mak.

Dengan alasan nenek dah uzur dan tiada yang jaga alhamdulillah bijak dan bernas idea tu mak suka dengan cadangan tu yelah duduk dengan mak sendirikan lagi dengan per4ngai suami yang macam tu. Tapi siapa sangka setelah duduk bersama arw4h nenek.

Abah tinggalkan mak g4ntung tak bertali yang hanya tinggalkan duit RM500 untuk 3 orang anak yang masih bersekolah menengah, untuk beli barang dapur sampailah ke harini yang telah menjangkau 10 tahun Saya anak bongsu masa tu baru 13 tahun walaupun saya tak dapat rasa apa yang mak alami tapi saya sedih tengok keadaan keluarga saya.

Mak dan abang yang bekerja, mereka terk0ntang – kanting menjaga kami mana duit nak buat belanja dapur, beli barang dan bayaran persekolahan lagi. Masa ni mak tak berkerja kerana faktor umur yang telah 53 tahun dan abang hanya bekerja kilang yang basic RM900 masa tu.

Mak cuba mohon mana – mana bantuan atau zakat tapi tak lepas sebab borang tak diisi dengan lengkap di bahagian pasangan. Nak cakap dah meninggaI pun tak boleh sebab tak ada surat kem4tian. Mak terp4ksa masuk kebun jual penyapu lidi, tanam sayur untuk dijual tapi seberapa sangatlah untungnya.

Mak bertahan selama 6 tahun sebab kami dah tak bagi mak masuk kebun sebab kesian dan kami berfikir biarlah kami pula baIas jasanya. Kami semua bekerja setelah abis saja SPM. Ada mak sampaikan hasrat untuk saya sambung belajar biarlah hanya abang – abang yang bekerja.

Saya faham apa mak nak sampaikan, yela 3 orang abang saya semua kerja kilang tapi dia nak jugak salah sorang dari kami kerja yang lebih bagus. Saya tetap tak nak sambung belajar, saya nekad saya tak kisah apa bakal berlaku dimasa depan saya, yang penting kerja halal dan boleh sama – sama bantu keluarga.

Kami semua kerja biasa – biasa saje asal bole lepas duit makan minum kami sekeluarga. Sepanjang tempoh abah tinggalkan kami, puas juga kami mencari, puas kami telefon tapi nombor tu dah tak aktif mungkin abah dah tukar nombor, kami anggap mungkin abah dah tak mahu berjumpa dan betul – betul mahu tinggalkan kami.

Mak pula cuba tuntut fasakh tapi tiada kerjasama untuk turun naik mahkamah. Saya pendekkan cerita, alhamdulillah jod0h saya sampai cepat pada umur 22 tahun, masa tu tawakal dan anggap mungkin ini boleh kurangkan beban mak saya.

Semasa dalam proses siapkan borang nikah bahagian wali, Allah pulangkan abah di depan kami. Allah, betapa gembiranya hati ni bila urusan ni dipemudahkan setelah macam – macam dug4an datang. Saya hanya fikir positif dan terima kepulangan abah dengan hati terbuka tapi tidak pulak pada mak dan adik – beradik yang lain.

Saya suruh dia nikahkan saya tapi dia nak buat wali hakim tapi tak apalah saya anggap mungkin dia dah tak sayang anak – anak dia sebab tu tak nak walikan saya. Saya dan abah saling tukar nombor tel untuk berurusan tentang wali.

Lagipun dia masih bersama dengan isteri dia dan anak tirinya, mereka tinggal di Melaka manakala kami di Johor. Alhamdulillah majlis saya dipermudahkan. Selepas itu abah tinggalkan kami tanpa sebarang berita. Kami tak kisah sebab dah lali dengan apa dia buat sebelum ni pada kami.

Saya nak telefon tanya khabar dia tapi mak tak bagi berhubung dengan bapak yang per4ngai macam tu. Sekarang saya duduk dengan mak dan abang saya 3 orang. Kakak da ada rumah sendiri. Mak sebolehnya suruh saya duduk dengannya selagi dia masih hidup.

Sekarang umurnya dah 63 tahun. Lagipun badan dia dah tak sekuat macam dulu selalu s4kit – s4kit. Setelah hampir setahun tinggalkan kami buat kali ke 2 dia muncul kembali. 4 – 5 hari jugak dia call saya setiap hari suruh datang ambik dia kat Melaka tu, sebab nak balik ke Johor nak duduk kat rumah ni.

Saya gembira bila dengar dia nak balik, lagipun saya ni boleh dik4takan anak bapak. Bila saya sampaikan ke adik – beradik yang lain dan mak, mereka bangkang biar jela hidup macam ni daripada hidup tersiksa kerana dia.

Saya buntu saya tersepit di tengah – tengah, saya tak kisah andai dia nak duduk dengan kami semula tapi tidak pada yang lain. Alasan nak balik dia nak jumpa dengan anak saya, dia nak jumpa anak – anak dia yang lain.

Sekarang abah dah tak bekerja dia hanya mengharapkan duit sara RM 2k sebulan. Tapi tu pun tak cukup katanya nak bayar duit sewa rumah, bayar duit moto, buat berbelanjaan sekolah anak tirinya yang berusia 15 tahun sekarang.

Abah saya sekarang dah masuk 65 tahun. Kadang – kadang saya berfikir kenapa secara mendad4k dia nak balik adakah ada sesuatu dia nak lakukan? Bila saya tanya macam mana dengan bini dan anaknya di Melaka tu, dia jawap lantaklah dengan mereka.

Kenapa bila kami dah senang dia datang semula? Puas kami beri peluang berkali – kali tapi tak pernah dihargai. Tapi bila fikir semula semua orang ada buat silap cuma kesilapan yang dibuat berbeza. Tapi saya tak berani nak cakap lebih – lebih sedangkan saya sendiri s4kit hati dengan dia.

Pernah saya luahkan isi hati pada suami, tapi dia hanya mampu mendengar dia tak ada bagi apa – apa pendapat. Ye saya faham mungkin dia tak nak masuk campur hal mak abah saya, lebih baik jaga hubungan kami berdua.

Saya kalau boleh biarlah dia duduk dengan bini dan anaknya, janganlah buat benda yang sama pada mak tiri saya tu. Lagipun dia yang jaga makan minum pakai abah dan sekarang abah ada s4kit jantung dan tekanan dar4h rendah.

Ape patut saya buat? Saya berada di tengah – tengah. Saya tetap sayangkan kedua ibubapa saya.

BACA: “Mentua berubah lepas suami tiada, aku dan empat anak dihalau dari rumah hibah”