Dari mula perkahwinan, ipar saya, a.k.a menantu perempuan keluarga kami, tidak hormat pada ibu dan ayah saya.
Tidak tahu punca apa. Sedangkan keluarga kami sangat menyambut kedatangan dia dalam keluarga kami.
Ibu tak pernah sekali pun menyuruh ipar saya membuat kerja2 rumah atau membebankan dia atas status ‘menantu perempuan’.
Satu hari, abang saya bergduh dengan ibu sehinggakan diacu2nya j4ri ke muka ibu sambil menengking tanpa rasa hormat (Ibu selalu ungkit perkara itu hingga ke hari ini).
Pergduhan berlaku berpunca apabila ipar saya naik suara pada ibu kerana tidak sudi menjaga anak mereka pada waktu itu.
Manakala, ibu pula tidak dapat menahan marah dan minta mereka beredar pulang.
Yang paling menyedihkan apabila ipar saya sering ‘brainwash’ anak2 untuk membenci keluarga sebelah kami.
Anak2 yang masih yang kecil dan jujur, menyampaikan perkara tersebut kepada kami. Ibu dan ayah dah lama makan hati.
Paling menyedihkan, anak lelaki mereka, abang saya, sendiri kini menjadi ‘orang luar’ buat mereka.
Sampai pada satu tahap, apabila ada perselisihan faham, abang saya akan ungkit tahap pembelajaran dia yang lebih tinggi berbanding ibu dan ayah saya.
Abang juga sering membanding2kan ibu dan ayah dengan mentuanya. Ibu dan ayah rasa sangat terhina (buat pengetahuan mu, abang).
Ipar saya juga sering melepaskan beban menjaga anak2 kepada keluarga kami. Bila nak ber ‘me time’ dengan suami atau ibu dan ayahnya, dia akan hantar anak2 ke rumah kami.
Ibu dan ayah saya mengeluh penat, tapi tiada peluang untuk meluahkan. Bila ditegur, di tahan anak2nya datang ke rumah kami.
Saya menjadi tempat luahan hati ibu dan ayah. Bila disampaikan pada abang, dia menengking dan mengmuk.
Buat abang saya dan isterinya, Semoga Allah memberikan hidayah buat mu. Supaya tidak terlambat untuk muhasabah diri dan meminta maaf pada ibu dan ayah.
Ingat, hidup kita sampai ke tahap ini kerana doa dan restu mereka.
Fariha. dengar sebelah pihak je.. mungkin jugak mertua pun ada salah mana2? xkan anak sendiri melawan tanpa sebab jelas.. mungkin sebenarnya dari awal pun mertua xsuka menantu tu.. mungkin bukan menantu pilihan, awk je yg xtaw.. mungkin lah….
Noraini. Ya sebetulnya tukar tajuk ‘Abang dari ner4ka’. Lagipun dengar dari sebelah pihak je. Buat je la hal TT tak payah sibuk hal abang dan kakak ipar.
Amalina. Kunci gate, kunci grill, kunci pintu. Biar dia ada akal da memburas jaga la anak ko sendiri bukan hamba kan mak bapak.
Biar la terpekik terlolong pun kt luar asalkan rumah family jgn bukak pintu. Biarla family mertua dia yg baik hati tu yg jaga anak dia. Ko jaga je parents ko. Esok lusa terduduk pandai la tu merangkak cari mak ayah dia
BACA: “Ada orang plan nak datang rumah, ibu beria masak tapi sampai malam tak muncul