“Abang kolom, abang nak coli awak”, Baby Shima dedah ‘lebai’ DM mesej lucah!

Oleh ZULAIKHA ABBAS

“Abang kolom, abang nak coli awak”, Baby Shima dedah ‘lebai’ DM mesej lucah!.

Baby Shima dedah mesej ustaz, ‘abg nak coli awak’.

PENYANYI Baby Shima sekali mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual daripada pengikut lelakinya yang menghantar mesej lucah menerusi direct message (DM) Instagram miliknya.

"Abang kolom, abang nak coli awak", Baby Shima dedah 'lebai' DM mesej lucah!

Bengang dengan gangguan tersebut, Shima atau Nor Ashima Ramli, 27, turut berkongsi mesej yang diterimanya daripada lelaki berkenaan selain mendedahkan wajah dan akaun Instagram milik lelaki tersebut sebagai pengajaran.

Menerusi profil media sosial individu tersebut, Shima berkata, Instagramnya penuh dengan hantaran mengenai ceramah agama namun di sebalik itu lelaki itu sebenarnya mempunya sikap jelek.

“IG (Instagram) abang penuh dengan ceramah baik-baik. Alhamdulillah suka tengok, tapi di belakang orangnya Masya Allah… ‘munafikman’, ‘k*l*mman’.

“Kejap lagi dah kantoi, kena hack… okay itu perkara biasa.

Baby Shima dedah mesej ustaz, ‘abg nak coli awak’

Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Zizi pula. Hati hitam boleh tutup dengan jubah eh, eh, eh, banyaknya orang munafik zaman sekarang ini. #Penunggangagama,” katanya.

Perkara itu dikongsi Shima menerusi akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Hasil tinjauan mStar terhadap akaun individu tersebut, lelaki itu kerap berkongsi ayat-ayat serta ceramah agama dan sentiasa mengenakan kopiah di atas kepalanya.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu berkenaan adalah pemilik sebenar akaun tersebut atau ada pihak cuba mensabotaj dengan menggunakan identiti orang lain.

Ini kerana hantaran yang dibuat sebelum ini tidak mendapat komen atau tanda suka yang banyak meskipun mempunyai 100 lebih pengikut.

Namun pemilik akaun itu mengikuti 1,945 akaun lain yang kebanyakannya adalah selebriti tempatan.

“Kalau tengok daripada profil akaun lelaki itu macam akaun fake menggunakan identiti orang lain.

“Akaun palsu itu, gambar pun tak ada satu like (tanda suka). Tak payah layan akaun palsu ni,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, Shima yang membalas komen salah seorang pengikutnya mengesahkan akaun berkenaan adalah asli kerana lelaki tersebut pernah menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.

“Memang dia, sebab ada hantar gambar dia tengah…,” tulisnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut penyanyi itu meminta Shima membuat laporan polis kerana gangguan seksual yang dibuat adalah melampau.

“Buat laporan polis kalau ada gangguan seksual macam ini. Kalau tak buat banyak lagi gangguan akan dapat.

“Mesti kena ‘sabotaj’ ni, tidak mengapa bang, kami faham,” komen netizen.

Tinjauan lanjut terhadap akaun tersebut mendapati individu berkenaan masih belum membuat sebarang penjelasan berhubung dakwaan tersebut malah Instagramnya masih boleh diakses dan tidak diletakkan dalam mod private.

BACA:

“Suami outstation, aku dan anak dapat jemputan kahwin kawan kelas, rupanya pengantin lelaki suami aku!”

Watak ‘Razil’ dilakon oleh Zamarul Hisham dalam ‘Saat Hilang Cintamu’ diambil dari kisah benar, Ini kisahnya