“Abang terkejut cek duit simpanan ibu tak sampai RM180k untuk kebun seluas 30 ekar, pada hari kami adik beradik audit, kak ipar tunjuk belang”

Oleh GEMILANGDAILY

Nama saya Arshad dari Pahang. Keluarga saya boleh dik4takan agak senang. Semua adik beradik seramai 7 orang belajar hingga IPT.

Dalam 7 orang tu, ada seorang abang saya, Zainal (bukan nama sebenar), tidak mendapat pekerjaan yang baik lalu beliau ambil keputvsan berhenti kerja apabila ayah s4kit.

Ayah meninggaI dunia selepas beberapa bulan abang Zainal balik kampung.

"Abang terkejut cek duit simpanan ibu tak sampai RM180k untuk kebun seluas 30 ekar, pada hari kami adik beradik audit, kak ipar tunjuk belang"

Kami adik beradik bersyukur kerana abang Zainal sanggup berk0rban demi menjaga ibu dan kebun peninggalan ayah yang agak luas. Sebelum ayah meninggaI dunia, semua kebun telah dinamakan kepada anak – anak sebagai hibah kerana mungkin ayah tak mahu melihat pertikaian harta di belakang hari.

Ayah cuma berpesan, selagi ibu masih hidup, berikan hasil kebun kepada ibu, itu semua adik beradik maklum. Terpulang kepada ibu bagaimana duit itu nak dibelanjakan. Abang Zainal telah dijanjikan oleh ibu elaun untuk menjaga kebun sejumlah RM3500.00 sebulan di mana elaun itu termasuklah menjaga buruh p0tong buah sawit, kebersihan kebun, upah membaja dan upah mer4cun.

Medium baja dan r4cun akan dibeli oleh ibu. Bagi kami, dengan elaun yang ibu berikan tanpa perlu membayar kos sewa rumah dan isteri abang yang bekerja, adalah cukup untuk menampung kehidupan abang Zainal di kampung.

Apatah lagi anak – anak abang Zainal cuma 2 orang dan sudah boleh berdikari. Sesekali bila balik kampung, saya melihat ada buruh Indonesia sedang membaja atau mer4cun di kebun arw4h ayah. Bila saya tanya abang Zainal kenapa kerja membaja dan mer4cun diupah?

Sepatutnya hanya kerja memotong sawit saja diupah, katanya sibuk, tak sempat buat semua sebab kebun luas. Kau jangan risau lah, upah tu aku yang bayar, kata abang Zainal. Saya tanyalah kenapa tak sempat? Kerja mer4cun dan membaja cuma 3 kali setahun.

Abang Zainal kata mana sempat, luas semua 80 ekar nak buat seorang. Saya sedikit musykil tentang luas kebun yang abang Zainal nyatakan lalu saya bertanya dengan ibu benarkah luas kebun peninggalan arw4h ayah 80 ekar?

Ibu saya kata cuma 30 lebih ekar. Tiap adik beradik dapat 4 ekar lebih tambah ibu. Jadi kenapa abang Zainal kata kebun arw4h ayah ada 80 ekar. Ibu pun mula buka cerita… Katanya abang Zainal ada ambil upah jaga kebun orang kampung.

Mungkin 80 ekar yang abang Zainal sebut adalah jumlah tanah kita dan tanah orang kampung yang dia jaga. Ibu juga bagi tahu selama ini ibu tak pernah dimaklumkan berapa baki duit hasil kebun selama 8 tahun abang Zainal jaga.

Bila ibu tanya, abang Zainal tak pernah tunjuk buku akaun atau rekod pada ibu. Abang Zainal cuma cakap sambil lalu saja, macam tak ambil pusing sangat. Saya tanya ibu, duit dalam akaun siapa? Ibu kata selama ni semua duit dalam akaun abang.

Abang cuma bagi ibu RM1500 sebulan, bila ibu minta tambah tengah bulan abang Zainal akan tanya nak buat apa. Ibu kata belanja dapur pun ibu bantu, bil utiliti pun ibu bantu walau tidak semua. Bagi saya tak patut abang ambil duit ibu untuk utiliti dan belanja dapur. Berapa la sangat ibu makan dan gunakan utiliti pada usia 65 tahun.

Hari Raya tahun 2018 saya maklumkan pada semua adik beradik nak berjumpa di rumah ibu. Saya ambil keputvsan untuk buat perjumpaan berkenaan penjagaan kebun arw4h ayah. Bukan bermaksud saya nak r4mpas kuasa tapi mahukan kebenaran apa yang ibu sampaikan dan nak semak berapa baki akaun selama 8 tahun kebun dijaga oleh abang Zainal.

Pada hari perjumpaan, saya tanya semula pada abang Zainal benarkah kebun arw4h ayah berjumlah 80 ekar hingga abang Zainal tak sempat nak jaga sendiri. Kalau perlu, carilah pembantu. Abang sulung, abang Jamal menafikan jumlah kebun arw4h ayah berjumlah 80 ekar.

Abang Jamal sebut satu persatu lot kebun peninggalan arw4h ayah siap dengan keluasan. Abang Zainal akui jumlah 80 ekar tu yang dia sebut pada saya adalah jumlah termasuk yang dia ambil upah. Saya tanya lagi masa saya balik 4 bulan lepas ada buruh Indon membaja dan mer4cun siapa bayar upah.

Abang Zainal kata upah dia yang bayar. Abang Jamal tak banyak bercakap. Dia cuma minta abang Zainal kemukakan buku rekod kebun, invoice jualan dan buku akaun simpanan hasil kebun. Abang Jamal terk3jut bila lihat buku akaun, duit simpanan ibu untuk 8 tahun tak sampai RM180,000 untuk kebun seluas 30 lebih ekar.

Abang Jamal mula bertegas nak semak semua rekod jualan dan invois. Hari itu baru hari raya ke-3 tapi kami adik beradik sibuk buat kerja macam pemeriksa kira – kira. Dapatan dari semakan amat memeranjatkan. Rekod menunjukkan abang Zainal ada caj upah mer4cun dan membaja pada setiap kebun, sedangkan persetujuan awal abang Zainal dapat RM3500.00 sebulan termasuk dengan kerja menjaga, mer4cun dan membaja.

Abang Jamal mula congak kalau sehari dapat mer4cun 4 ekar, tak sampai sepuluh hari kerja mer4cun akan selesai. Kerja dah senang sebab arw4h ayah ada beli traktor, lori kecil dan pam untuk mer4cun. Begitu juga dengan membaja, lori kecil dah ada, jalan dalam kebun juga dah elok, kenapa mesti nak upahkan orang. Kerja mer4cun dan membaja cuma 3 kali saja setahun.

Abang Zainal mula tarik muka. Jadi ibu ambil keputvsan biar abang Zainal teruskan kerja tapi akaun letak 2 nama dan rekod diserahkan pada saya. Abang Zainal naik angin pada saya kerana saya yang berusaha untuk adakan perjumpaan ini. Dia tuduh saya saja nak tunjuk pandai.

Dia bagi tempoh 3 bulan, dia akan serah semua kebun untuk saya jaga. Saya mula gelabah sebab saya tiada latar belakang menjaga kebun, secara mend4dak pula tu. Tapi konsep kebun sawit tu memang dah ada dalam kepala sebab saya bercampur dengan ramai peraih dan pekebun. Saya sahut c4baran abang Zainal.

Selepas kejadian Hari Raya ke 3 tu, isteri abang Zainal mula tunjuk belang, seluruh keluarga saya dimusuuhinya. Dia ajar anak – anak dia supaya jauhi saya. Ibu juga mula perasan bila saya atau keluarga saya datang ke rumah bawa makanan, mereka akan asingkan.

Ibu selalu dengar Zainal atau isterinya cakap, jangan makan, ni Tok Ibu punya. Ibu kata selalu makanan akan terbuang sebab hanya ibu seorang yang akan jamah makanan. Setelah penjagaan kebun diserahkan pada saya, saya buat semakan semula akaun dan rekod jualan secara terperinci, memang banyak haru biru.

Caj upah yang tidak sepatutnya diambil untuk tempoh 8 tahun berjumlah RM35,000. Tidak termasuk jualan tunai yang diterima tidak dimasukan ke dalam buku rekod jualan lebih kurang RM40,000. (semakan dari resit timbangan dan perbandingan berat keseluruhan jual)

Saya maklumkan pada abang Jamal tapi abang Jamal kata tak payah tuntut sebab dia kata itu antara dia dengan Allah. Itu amanah yang arw4h ayah bagi pada dia. Abang Jamal tak nak nanti bermasam muka. Setelah 4 tahun saya ambil alih pengurusan kebun, Alhamdulillah, tiap tahun saya akan usul pada ibu untuk pemberian bonus pada adik beradik, infaq kepada mereka yang memerIukan dan banyak lagi yang selama ini tidak pernah abang Zainal buat.

Simpanan 4 tahun saya juga sudah melebihi jumlah 8 tahun yang abang Zainal jaga. Dalam 4 tahun juga saya menerima banyak tohmahan dari saud4ra mara yang mana katanya saya cuba r4mpas kuasa. Saya dapat agak cerita ini datang dari abang Zainal, cuma apa yang saya harapkan abang Zainal tidak terus memusuuhi saya dan keluarga saya.

Patutnya abang bersyukur kerana tidak berterusan mengambil bukan hak abang. Sehingga saat saya menulis kisah ini, abang Zainal masih tidak bertegur sapa dengan saya. Saya beranggapan semuanya telah selesai kerana sewaktu perjumpaan saya telah meminta maaf dan pada 2 tahun pertama saya ambil alih kebun,

Sewaktu Hari Raya saya sekeluarga mengunjungi rumah abang Zainal (rumah ibu) dan memohon maaf tapi muka abang acuh tak acuh. Saya beranggapan tugas saya telah selesai, biarlah abang Zainal dengan sikap angkuh dan sombong. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada abang Zainal untuk lembut hati. – Arshad (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Junaida Abdul Jalal : Saya cukup takut termakan harta pusaka hak orang lain, wa’ima adik beradik sendiri. Biarlah saya beralah. Saya lebih suka usaha mendapatkan harta saya sendiri, untuk diri saya dan dan keluarga saya (suami dan anak – anak). Jangan buat main hukvm yang Allah sudah tetapkan. Tak tertanggung di hari Akhir4t kelak.

Nurul Akmal Hamid : Sebab tu mak cakap baik takde harta dari ada harta banyak. Nanti m4ti susah nak uruskan. Mak bekalkan pendidikan yang baik dan ilmu akhir4t besar nnti adalah rezeki anak – anak untuk memiliki harta sendiri.

BACA: “Suatu hari suami balik kerja, enggan buka baju dan tidur dengan baju yang sama, sedang dia nyenyak berdengkur terselak bajunya, ternampak kesan didada”