“Ada Niqobis ni DM nak jadi madu saya, memang trend ambil laki orang ke?” – Influencer muslimah mengamuk!

Oleh ZULAIKHA ABBAS

“Ada Niqobis ni DM nak jadi madu saya, memang trend ambil laki orang ke?” – Influencer muslimah mengamuk!.Entah kenapa, awal 2023 ini media sosial sering dipenuhi isu melibatkan ‘pengganggu’ rumah tangga.

Bukan setakat artis, influencer seperti Aisyah Hijanah juga pernah berhadapan situasi bila mana ada perempuan bujang mengaku sudah lama ‘tersuka’ pada suaminya.

Saya akui salah, bertahun tersuka suami orang…tapi lelaki boleh kahwin lebih daripada 1 kan?

Melalui pendedahan di IG Story miliknya, wanita ‘niqabis’ tersebut meluahkan bahawa dirinya sudah bertahun-tahun crush kepada suaminya iaitu Alif.

"Ada Niqobis ni DM nak jadi madu saya, memang trend ambil laki orang ke?" - Influencer muslimah mengamuk!

Meskipun sedar perkara itu salah, namun dia sudi ajak berbincang dan rela bergelar isteri kedua.

Ujar Aisyah, perkara ini agak merimaskan dirinya kerana ia sudah berlarutan lama.

Apa yang awak nampak cara Alif hargai isterinya…belum tentu dia akan buat benda sama pada orang lain

Dengan nada tegas tapi berhikmah, Aisyah menjelaskan cara penghargaan Alif yang terlihat di media sosial hanya dibuat untuknya sahaja.

Jika individu tersebut berharap dapat jadi yang ‘kedua’ sekali gus harapkan perkara sama, perkara itu tidak akan berlaku. Hal ini kerana, mereka telah bersama sejak suaminya tiada apa-apa lagi.

Jangan risau, lelaki yang baik untuk wanita baik…Alhamdulillah, Alif sendiri ada inisiatif tukar DP gambar family

Bagaimanapun, wanita yang mendakwa tersuka suaminya tampil memohon maaf kerana jadi pengganggu rumah tangga mereka.

Tambah Aisyah, jika seseorang wanita berusaha jadi baik kelak pasti akan bertemu jodoh sepadan juga.

Dalam waktu yang sama, dia turut puji Alif kerana pantas ambil langkah berkesan untuk mengelakkan masalah tersebut berpanjangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

BACA:

Pakcik sedekah 2 mesin dialisis harga RM80k, rupanya dia baru lepas ‘jackpot’ 6 angka!

Bekas askar kena serangan seksual dengan rakan sekerja, nekad saman kerajaan