“Ada suara bisik suruh jatuhkan anak lelaki saya”, Diana Danielle buka cerita sebenar

Ada suara bisik suruh jatuhkan anak lelaki saya Diana Danielle buka cerita sebenar

“Ada suara bisik suruh jatuhkan anak lelaki saya”, Diana Danielle buka cerita sebenar. Pelakon jelita, Diana Danielle, 31, mendedahkan pernah mengalami simptom ‘postpartum depression’ selepas selamat melahirkan pertama sulung, Muhammad, 9.

Isteri kepada pengarah dan aktor popular, Farid Kamil, 41, berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah podcast Studio Sembang bersama pengacara aktres Amelia Henderson, 27.

Menerusi podcast tersebut, Diana berkata kejadian tersebut berlaku ketika dirinya sedang mendukung anaknya itu dan dihantui oleh suara bisikan.

“Saya rasa diri saya kehilangan sebab mengalami postpartum depression. Semasa saya mengandung, ramai yang beri pesanan kepada saya untuk bersedia, tapi saya tak tahu dari segi apa saya perlu bersedia.

“Saya pernah dukung anak lelaki saya masa nak dodoikan dia, tiba-tiba dalam kepala saya ada suara berbisik suruh lepaskan saja anak saya. Bayi yang baru lahir seminggu lepas disuruh lepaskan macam tu saja untuk jatuh ke lantai.

Ada suara bisik suruh jatuhkan anak lelaki saya Diana Danielle buka cerita sebenar

“Suara tu berbisik kata ‘tak apa lepaskan je, awak penat.. Pergi tidur’. Ya Allah, pengalaman itu sangat ‘gila’.

“Nasib baik pada masa tu saya mampu lawan suara tu dengan mengikut logik akal fikiran. Saya tahu ketika itu saya tidak sihat, dan sangat lain.

“Saya terus duduk sebab sekiranya apa-apa berlaku kalau terlepas, anak saya akan jatuh ke atas riba saya dan bukan lanta,” ujarnya.

Dalam masa sama, Diana meluahkan rasa lega kerana mampu menjalani situasi tersebut dengan baik meskipun perit.

“Kebanyakan wanita yang tengah berpantang mereka bukan sengaja nak meroyan. Kadang kala sebab hormon, penat, tak cukup tidur dan tak cukup perhatian.

“Tapi Alhamdulillah, semuanya telah berlalu. Ye saya mahukan sebuah keluarga dan anak-anak ramai, tapi tiada siapa beritahu saya bagaimana sulitnya untuk membesarkan anak-anak,” katanya lagi.

Sekadar info, Diana mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.

BACA:

Bergurau bawa padah, dakwa bawa bom rupanya main-main sahaja

Ini keadaan sebenar kereta mangsa tragedi Batang Kali buat semua terkedu

Peluncur udara di Sabah maut terhempas di cerun konkrit

CATEGORIES