Adakah kerana mengejar kad prestasi maka menteri agama tak kuarantin?

Adakah kerana mengejar kad prestasi maka menteri agama tak kuarantin?

Tiada value scorecard yang boleh ganti dengan kesihatan dan nyawa

Maaf Dr Zul; tiada value scorecard yang boleh ganti dengan kesihatan dan nyawa orang awam. Saya dah malas nak up benda ini tapi bila saya tengok pattern dia lebih kurang macam menteri HudHud nak justifikasi kan langgar SOP dengan petik bawa pelaburan 80 billion, tunggang seerah Nabi, pulang balik 4 bulan gaji.

Dr Zul sendiri langgar SOP bukan sekali tapi banyak kali. Sepatutnya Dr sebagai orang yang alim lebih faham hadis nabi, tapi macam mana boleh pentingkan diri? Dari bukan April boleh panggil tetamu luar nak bincang pasal tafsiran kutub as-sittah waktu orang lain semua tak boleh hendak keluar rumah even melawat ibu bapa yang sakit di kampung.

Apa erti scorecard Dr tadi pada Pakcik yang berkerusi roda yang Dr jumpa hari tu?

Adakah scorecard Dr tadi boleh melegakan sakit swab test untuk bayi kembar yang Dr tahnik kan tempoh hari?

Atau apakah value scorecard tadi pada makcik PPR kalau dia terpaksa kuarantin diri di rumah dan tak boleh berniaga akibat jadi POI?

Tindakan pentingkan diri Dr telah akibatkan beratus-ratus orang, termasuk anak kecil dan orang tua kena buat swab test, 3 universiti kena tutup, sekolah & tahfiz kena sanitasi dan opis kena tutup. Tidakkah Dr rasa malu dengan sikap yang sebegini? Adakah tidak ada sekelumit rasa bersalah di sisi Dr Zul?

Kalaulah yang kena ini pemimpin negara kafir, mereka sudah lama letak jawatan. Saya doakan Dr di sembuhkan dari sakit Covid tapi tunjukkan suri teladan yang baik Dr, letak jawatan dan berlepas dirilah dari kerajaan yang ada pengkhianatan.

Face the music, undang-undang bukan hanya untuk rakyat miskin. Jika tidak tunggu sahajalah natijah yang sama yang menimpa umat-umat terdahulu.

Sumber :