Adik dedah Sajat perangkap ibunya sendiri

Oleh GEMILANGDAILY

Adik dedah Sajat perangkap ibunya sendiri. Kemelut antara usahawan sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan adiknya Nur Mustika rupa-rupanya masih berlarutan sehingga kini.

Terbaharu, Nur Mustika tampil meluahkan kekesalan terhadap terhadap tindakan Sajat yang didakwa telah melakukan fitnah terhadap keluarga.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Mustika memuat naik video perbualan antara ibu mereka dengan usahawan tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Kau masa cakap dengan mak, kau buat live (siaran langsung) ke? Kau masukkan suara mak ke? Kau kenapa Jat (Sajat) buat mak macam ni?

“Perangkap mak macam ni cakap macam-macam. Kau ni betul ke tak betul?” itu antara kata-kata daripada ibu mereka yang dikongsi Nur Mustika dalam laman sosial.

Adik dedah Sajat perangkap ibunya sendiri

Pada masa sama, Nur Mustika turut menjelaskan dia berbuat demikian bagi membersihkan nama ibu mereka selain menyifatkan Sajat dan fitnah tidak boleh dipisahkan.

“Kasihan kat mak. Apa kau buat kat aku, Aku okey saja. Hantaran ini nak bersihkan nama mak. Kecoh tak habis-habis si jantan ni buatkan netizen nampak aku memang paling jahat,” tulis Nur Mustika lagi.

Apa yang Mizz Lahar tahu sekarang Sajat tengah menjalani kehidupan tenang di Perth, Australia. Kita tunggu maklum balasnya pula.

BACA:

Wan Saiful sekolahkan Takiyuddin, mungkin dia terlepas memo PN jadi pembangkang

Ramai tak tahu 5 fungsi lemon yang boleh bersihkan rumah

“Telekung tak ada? Kain pelikat pun boleh!”