Hartanah Bumiputera di Melaka yang tidak terjual dianggarkan sekitar RM800 juta.
Dizaman Barisan Nasional(BN), hartanah bumiputera yang hendak dilepaskan/dijual kepada bukan bumiputera dikenakan levi sebanyak 6%. Levi itu akan dimasukkan sebagai hasil kerajaan negeri untuk dibelanjakan.
Namun selepas Pakatan Harapan(PH) mengambil alih kerajaan, Levi pelepasan aset bumiputera dinaikkan pada kadar 10% hingga 20% bagi aset komersial.
Untuk memastikan bumiputera mendapat manfaat dari aset yang tidak terjual, maka kerajaan PH telah menubuhkan Danaharta Bumiputera dan levi yang dipungut disalurkan ke dalam Danaharta Bumiputera.
Jumlah levi terkumpul dalam tempoh PH memerintah adalah RM19 juta disamping RM33 juta telah diluluskan.
Kerajaan PH juga komited menggunakan Levi ini hanya bagi 2 tujuan sahaja iaitu bantuan perumahan kepada kumpulan B40 dan M40 dan bantuan Mikro Kredit kepada usahawan Bumiputera.
Sebagai makluman, agihan Danaharta Bumiputera disalurkan melalui Amanah Finance House atau kini dijenamakan sebagai Melaka Finance House.
Maka bila mana ada pihak yang mendakwa bahawa PH menjual aset bumiputera bagi perbelanjaan bolasepak Melaka adalah suatu FITNAH yang tidak berasas dan jelas berniat jahat.
Adalah diharapkan Danaharta Bumiputera yang ditinggalkan PH sebanyak RM33 juta dapat diteruskan oleh Kerajaan Negeri Melaka kini.
Sekian.
ADLY ZAHARI
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka
Sumber :