Adun Meru ziarah 17 mangsa kebakaran

Adun Meru ziarah 17 mangsa kebakaran

Semalam saya menghantar Pegawai Khas saya dan team Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) N42 ADN Meru,Klang untuk meninjau mangsa kebakaran Batu 9, Jalan Keretapi Lama di bawah Dun Sementa
Mereka telah ditempatkan di Dewan Sri Kerayong , Jalan Kapar.

Hari ini saya sendiri telah turun ke dewan meninjau sendiri mangsa-mangsa yang terlibat. Di faham tiga buah rumah yang terlibat berpunva dari litar pintas. Semua mangsa seramai 17 orang yang melibatkan warga emas,OKU dan kanak-kanak.

Kebakaran melibatkan semua nya musnah. Di fahamkan Agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Zakat telah turun untuk mengambil maklumat dan membantu memudahkan urusan mangsa.

Semoga mereka akan menjalani kehidupan yang lebih selesa setelah menjalani ujian dan musibah ini.

YB Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar – ADN Meru

#PKMMeru #n42meru #kebajikanTANPAsempadan

Sumber :