Agihan sumbangan di parlimen Lumut tertangguh kerana diwakili pembangkang?

Agihan sumbangan di parlimen Lumut tertangguh kerana diwakili pembangkang?

Saya mengambil maklum tentang hal berbangkit yang tular mengenai isu agihan bantuan di Parlimen Lumut.

Pagi semalam saya dan ADUN Pasir Panjang Cikgu Ya telah bertemu dengan pegawai JKM di Pusat Agihan Bantuan di Manjung bagi meninjau keadaan dan mendapatkan penjelasan dari mereka.

Saya berpuas hati dengan penjelasan mereka. Namun saya juga berharap agar tiada sebarang campurtangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyekat bantuan atas alasan politik ketika rakyat sedang dihimpit wabak yang menggila ini.

Kami di Pusat Khidmat Peduli Rakyat (PKPR) Parlimen Lumut sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama demi rakyat Lumut kami sayangi. Kami juga sejak dari awal lagi patuh dengan arahan JKM agar memberikan senarai nama dan mengumpulkan barang bantuan bagi melicinkan urusan agihan ini.

Saya berikrar akan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun hari ini berada di platform pembangkang.

Dr Mohd Hatta Md Ramli
Ahli Parlimen Lumut
Parti Amanah Negara

Isnin 13 April 2020

Sumber :