Agong beri amaran, agama bukan lawak jenaka

Agong beri amaran agama bukan lawak jenaka

Agong beri amaran, agama bukan lawak jenaka. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sesuai dengan tema Maal Hijrah tahun ini; “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran” agar dijadikan peristiwa hijrah Rasullulah sebagai panduan untuk membina sebuah negara yang stabil dan gemilang.

Tuntutan hijrah pada hari ini bukan hanya bermaksud perpindahan, tetapi ia melibatkan tranformasi minda bagi membentuk budaya hidup berteraskan kepada moral dan etika.

“Pada masa yang sama, beta turut menuntut agar kesucian semua agama untuk sentiasa dipelihara dan dihormati pada sebilang masa.

“Jangan sesekali kita memperkecil, menghina dan mempersendakan agama semata-mata atas nama kebebasan bersuara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Agong beri amaran agama bukan lawak jenaka

Titah baginda lagi, agama bukanlah merupakan satu perkara untuk bergurau senda dan dijadikan bahan jenaka serta kuatir perbuatan tersebut bakal menyemarakkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang telah terbina sekian lama.

“Justeru, mengambil keberkatan kedatangan tahun baharu hijrah ini, beta ingin menyeru kepada seluruh rakyat beta untuk memelihara nikmat dan rahmat sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat ini.

“Semoga Allah menyinari hati dan sanubari kita dengan semangat perdamaian, menghindari daripada sifat-sifat yang boleh mengundang perpecahan dan melindungi negara yang disayangi ini daripada sebarang musibah dan bahaya,” titah baginda

BACA:

‘Ini hero sebenar kita!’, kawal lalu lintas semasa blackout terbesar negara

Sah! Netizen berjaya buktikan ‘Sultan Pemurah’ anak DSV

CATEGORIES