“Agong paling berjiwa rakyat”, Aksi Agong panjat divider besi lawat mangsa kemalangan buat ramai terharu

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

“Agong paling berjiwa rakyat”, Aksi Agong panjat divider besi lawat mangsa kemalangan buat ramai terharu

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kini sering kali menjadi perhatian ramai

kerana sifat baginda yang begitu mesra dan prihatin kepada masalah & keadaan rakyat jelata.

"Agong paling berjiwa rakyat", Aksi Agong panjat divider besi lawat mangsa kemalangan buat ramai terharu

Setiap perlakuan baginda serta kerabatnya sentiasa membuatkan ramai berbangga kerana mempunyai seorang Agong dan juga Raja Permaisuri Agong yang sangat prihatin serta ambil tahu keadaan semasa.

Menerusi perkongsian dari Instagram Istana Negara, KDYMM Agong telah turun sebanyak dua kali

daripada kenderaan yang dinaikinya untuk melihat sendiri kemal4ngan yang melibatkan beberapa buah kereta di Cyberjaya dan juga di Plaza Tol MEX Putrajaya.

KDYMM Agong dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya ketika baginda secara kebetulan telah melalui kawasan itu.

Setelah itu, baginda sempat meninggalkan pesan kepada para pemandu tersebut supaya memandu dengan berhati-hati kerana keadaan jalan yang agak licin disebabkan hujan sejak awal pagi.

Melelalui posting itu, ramai telah memberi komen terhadap keprihatinan baginda. Selain itu, mereka juga akui bahawa sikap ini harus dicontohi oleh para rakyat dengan melihat kerendahan hati seorang raja yang sanggup mengenepikan kedudukan demi memahami situasi rakyatnya.

Our beloved king…

Tuanku berjiwa rakyat,…

Baguslah agong kita nie

BACA:

Wanita luah rasa kecewa berurusan sesama jantina, “Bila kena batang hidung sendiri baru tahu lelaki ni spesis paling simple”