Ahli kimia ajar cara bersihkan jubin berkarat , tak perlu sental dan guna satu bahan sahaja!

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Dinding bilik air antara tempat paling susah nak di cuci, kadang-kadang sampai dah bertukar warna jubin.

Ditambah pula ia adalah tempat yang jarang dikunjungi tetamu kecuali ketika perayaan maka jaranglah ia dicuci.

Rupanya ada cara mudah nak bersihkan ia dan hanya menggunakan satu bahan sahaja, pastikan ia adalah jubin sebenar dan bukan stiker yang ditampal.

Ikuti perkongsian, Ahli Kimia ChM Dr Fatimah Salim menerusi Facebook tentang cara membersihkan jubin.

Cara bersihkan jubin di bilik air

Ahli kimia ajar cara bersihkan jubin berkarat , tak perlu sental dan guna satu bahan sahaja!

Bahan-bahan:

Clorox
Bekas semburan
Cara-cara:

1. Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (bekas penyembur).

2. Semburkan pada permukaan jubin di dinding atau kaca yang kotor. Lagi berkesan jika permukaan adalah kering.

3. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman. Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat.

4. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.

Ini adalah cara yang sesuai untuk mereka yang tak gemar menyental. Cara ini juga boleh digunakan ntuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas.

Perhatian!

1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit.

Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.

2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng muka

Ini adalah untuk menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan.

Pastikan buka tingkap atau pintu untuk membebaskan keluar gas cecair peluntur yang meruap. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.

3) Guna botol penyembur untuk kawal jumlah

Gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat.

Paling penting, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula.

4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap

Terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil.

Baca juga: Ingat budak Honda je buat hal, lain pula jadi pemilik BMW lari dari bayar RM38000 ‘make up’ kereta