Ahli MT Umno sokong keputusan letak calon lawan Bersatu di Pagoh

Ahli MT Umno sokong keputusan letak calon lawan Bersatu di Pagoh

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi menyambut baik hasrat Umno Pagoh meletakkan calon di kawasan itu, sekali gus enggan memberikan laluan kepada penyandang kerusi berkenaan iaitu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malah Puad berkata, dia turut menyokong keputusan Umno Pagoh meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di parlimen Pagoh pada pilihan raya umum akan datang.

“Ketetapan itu dibuat dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Pagoh semalam.

“Umno Pagoh akan mengemukakan usul itu kepada Majlis Perwakilan Tertinggi (MKT). Tahniah Umno Pagoh,” katanya dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook hari ini.

Bukit Kepong dan Bukit Pasir merupakan dua kerusi Dun di bawah Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Bersatu dan PAS.

Pada pilihan raya umum (PRU14) lalu, Muhyiddin memenangi kerusi Pagoh dengan 23,558 undi menentang Umno (16,631) dan PAS (2,483) undi.

Ketiga-tiga parti itu kini mentadbir kerajaan persekutuan.

Untuk rekod, Umno berharap untuk mengalahkan Bersatu dengan bantuan PAS pada PRU15 namun kini melihat partinya itu seakan-akan terpinggir.

Hal ini selepas, PAS dilihat memihak kepada Bersatu.

Ini turut mendorong Umno menjadi lebih agresif terhadap Bersatu walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli Umno.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557414