Semalam saya dimaklumkan bahawa ada kekurangan tandas bergerak di beberapa lokasi sekatan jalan di Daerah Seremban.
Saya terus menghubungi seorang kawan yang buat perniagaan event management dan mendapat contact seorang pembekal. Kadar sewa yang dikenakan amat berpatutan.
Pagi tadi pembekal tersebut telah menghantar 9 unit tandas bergerak ke 9 lokasi road block di sekitar Seremban.
Keperluan asas untuk abang-abang polis dan tentera mesti kita jaga.
Saya tak dapat berkhidmat di front line. Harap sedikit sokongan ini memberi semangat kepada front liners kita!
Sumber :