Ahli Parlimen dilarang buat live ketika sidang dewan rakyat, ini puncanya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pada hari ini, siaran langsung untuk sesi persidangan Dewan Rakyat sedia boleh ditonton melalui beberapa platform,

Termasuk melalui saluran rasmi Parlimen Malaysia di YouTube, mahupun melalui saluran RTM di kaca televisyen.

Namun, ia tidak menghentikan beberapa ahli parlimen untuk melakukan penstriman langsung ketika sesi persidangan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen dilarang buat live ketika sidang dewan rakyat, ini puncanya

Menyentuh mengenainya, ketika sesi persidangan Dewan Rakyat pagi ini, Yang Di-Pertua YB Tan Sri Dato’ Johari telah memutuskan

yang mana ahli parlimen tidak lagi dibenarkan melakukan sebarang penstriman siaran langsung ketika sesi persidangan.

Terdapat beberapa sebab untuknya, termasuk terdapat ahli parlimen yang tidak mengikut peraturan dengan perlu mengarahkan ucapan kepada pengerusi dan bukannya kepada peranti yang sedang melakukan siaran langsung.

Disamping itu, terdapat juga ahli parlimen yang mengambil masa lama untuk tetapkan peranti, sekaligus menganggu beberapa urusan.

Ia turut ditekankan, setiap sesi persidangan telah pun disiarkan secara langsung di RTM Live dan YouTube.

Mana-mana ahli parlimen yang ingin berkongsi kepada pengikut atau melalui saluran sosial mereka, boleh melakukannya selepas sesi persidangan Dewan Rakyat selesai.

BACA: “Berkenan cakap jangan berzina, usaha cari nafkah ke 2, nafkah pertama pun sesak, hutang keliling pinggang, ada hati nak kahwin lagi, cermin diri tu dulu wahai suami”