Dalam perbahasan di parlimen baru-baru ini, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, mencadangkan
kerajaan memberikan lebih banyak insentif untuk meningkatkan kadar kelahiran,
Termasuk poligami, bagi mengatasi penurunan kadar kelahiran di Malaysia.
Beliau menyatakan bahawa trend keluarga yang tidak mahu anak dan pandangan bahawa
perkahwinan adalah beban boleh menjejaskan produktiviti negara.
Rosol bertanya kepada kementerian mengenai insentif untuk menggalakkan perkahwinan dan kelahiran anak.
Kadar kesuburan Malaysia telah menurun sejak 2013, dengan populasi kelahiran bagi setiap wanita menurun kepada 1.6 pada 2023, berbanding 3.3 pada 1990.
BACA: Wawa Zainal dan Aeril Zafrel hadiahkan kondominium di Bangi sempena hari lahir