Sejak beberapa hari lepas ini banyak perbahasan tentang cadangan perlantikan kesemua MP dari PN sebagai Pengerusi GLC yang tidak di persetujui olih PH dan sebahagian besar rakyat. Ianya seolah olah merupakan satu anugerah pribadi dan bukan satu amanah tugas yang perlu di pikul secara penuh profesional untuk kebaikan rakyat dan negara.
Kerajaan PH sebelum ini telah menghentikan perlantikan politk untuk GLC bagi mengelak campur tangan politik dalam syarikat kerajaan yang bolih menyebabkan skandal seperti yang berlaku dengan 1MDB, Tabung Haji dan FELDA.
Mengikut salah seorang bekas Pegawai kanan Persatuan Penjawat awam, Yang Berbahagia En Mohd Sheriff Mohd Kassim, ia merupakan ketetapan Program Transformasi GLC tahun 2015 untuk mengembalikan keyakinan kepada pihak swasta kewibawaan cara perniagaan ajensi kerajaan selepas beberapa skandal kewangan besar. Ini bererti langkah baru ini adalah langkah kebelakang Program Transformasi 2015.
Persoalannya hari ini bukan sahaja adakah wajar perlantikan politik MP ini bolih di benarkan. Soalan lebih penting adakah perlantikan politik ini patut di lakukan sekarang waktu kita mengalami krisis kesihatan dan kewangan berkaitan krisis Global Covid-19 dan waktu ramai rakyat hilang perkerjaan dan perlunya usha untuk memulihkan ekonomi negara dan global segera.
Ramai yang beranggapan perlantikan kesemua MP dari PN merupakan pembahagian ‘hadiah’ atau ganimah perang kejayaan menjatuhkan kerajaan PH dahulu dan juga merupakan umpan untuk mengikat MP dari PN supaya kekal setia dengan kerajaan PN.
Jika seorang MP di lantik untuk mengetuai GLC dia akan memperolihi gaji serta elaun bersama dengan kemudahan tempat tinggal dan kereta serta pemandu. Kerana dia juga telah merupakan seorang MP- ahli Parlimen, dia juga sudah pun menikmati gaji serta elaun MP berjumlah belasan ribu. Selain dari itu seorang MP juga mempunyai peruntukan perbelanjaan kawasan Parlimen sekitar RM 2 juta dan setelah tamat tempoh satu penggal seorang MP akan memperolihi pencen seumur hidup.
Bayangkan berapa ramai pegerusi dan pegawai teknokrat GLC serta ahli keluarga mereka yang telah di buang kerja tidak mempunyai pendapatan langsung sementara pada MP Ahli Parlimen yang akan di lantik ianya akan merupakan mungkin pendapatan kewangan tambahan ketiga atau keempat mereka !
Seorang profesional yang di lantik akan di pilih mengikut kepakaran keperluan khusus GLC berkenaan dan juga pengalaman yang di perlukan serta bolih menumpukan kepada tugas serta keperluan.
Dalam waktu krisis Global Covid ini ekonomi memerlukan tumpuan perhatian yang penuh serta khusus mengatasi berbagai masalah. Ramai yang berpengalaman dan memang pakar yang bolih menumpu membaiki ekonomi melalui GLC.
Malangnya sebaik sahaja kerajaan PN mengambil alih kerajaan, ramai ketua GLC dan teknokrat yang telah di lantik bersama untuk Program Transformasi GLC yang profesional dan berpengalaman yang baru di lantik di tamatkan khidmat mereka .
Ini bermakna di tengah tengah waktu krisis ekonomi waktu lockdown ini, dimana usha tumpuan ekonomi sepatutnya di pertingkatkan lagi berlipat kali ganda, banyak GLC kehilangan ketua serta teknokrat yang membuat situasi syarikat serta ekonomi lebih parah.
Bayangkan GLC yang tanpa pengerusi serta teknokrat menghadapi krisis kritikal ekonomi dunia menanti pengerusi baru lantikan MP politik olih PN yang belum tentu akan ada kepakaran atau pengalaman bidang berkenaan GLC yang di perlukan kerana mereka di ambil cara tangkap muat. Pilihan dari kalangan ahli MP sedia ada sekarang sudah tentu tidak cukup pilihan kepakaran dan akan menjadi situasi lantikan kadar apa yang ada sahaja dan bukan mengikut keperluan sebenarnya. Inilah situasi huru hara hari ini.
Dahulu sebelum PRU 14 ada dari golongan PN yang mengatakan Perdana Mentri Dato Najib perlu di benarkan menyelesaikan masalah negara dan kononnya tidak wajar menukar nakhoda kapal di tengah pelayaran.
Kini bukan sahaja nakhoda Perdana Menteri di tukar tetapi kesemua anak kapal pun di buang di tengah lautan sedang bergelora menghadapi ribut besar global. Ini jelas perbuatan tidak bertanggung jawap.
Perlu juga di lihat tindakan Presiden Trump dari Amerika yang telah menarik sumbangan kewangan kepada WHO- Badan Kesihatan Dunia, kerana tidak bersetuju pendapat semasa krisis wabak Covid-19 ditengah tengah krisis global membawa banyak masalah kepada dunia.
Kerajaan PN kita menukar segala struktur GLC Negara di tengah krisis global kesihatan dan ekonomi atas sebab politik dan bukan kepentingan rakyat atas kepentingan politik sempit secara pribadi.
Saya ibaratkan lantikan ini sebagai “hadiah beracun” untuk rakyat. Ramai yang lebih profesional serta berpengalaman dan berkelayakan sedang bertarung untuk “survival” di masa krisis global ini tetapi mereka di buang ketepi begitu sahaja.
Sementara itu MP Kerajaan yang sudah pun mempunyai gaji, elaun, duit peruntukan serta pencen di tambah lagi gaji serta elaun dari GLC dengan rakusnya.
Perlu kita renung di antara makna “survival” pada rakyat biasa dan makna ” hadiah” untuk Yang Berhormat MP .
Perkataan “survival” dalam bahasa Melayu bererti – hidup.
Lazimnya artinya hanya hidup dengan keperluan yang sangat asas sahaja di masa negara dan dunia di landa krisis ekonomi.
Ramai cerdik pandai profesional kita yang baru di lantik ke GLC untuk menyelamatkan GLC tersebut telah di buang kerja olih PN semata mata untuk di gantikan olih lantikan politik sebagai hadiah dimana kemahiran mereka tidak ketentuan atau relevan.
Sekarang ramai profesional dan cerdik pandai serta anak muda yang di buang kerja ini bertarung untuk “survival” mereka dalam waktu krisis ekonomi global ini.
“Hadiah” pula artinya pemberian yang menarik yang merupakan lebih dari keperluan asas . Ia merupakan lebihan pendapatan untuk MP dari Kerajaan PN.
Sudah tentu MP yang mendapat hadiah dari PN telah mempunyai pendapatan asal mereka sebelum menjadi YB di tambah pula dengan gaji serta elaun Parlimen bersama pula dengan gaji dan elaun lain sebagai ketua GLC.
Adakah mereka akan menumpu sepenuh masa kepada GLC tersebut berbanding dengan profesional sepenuh masa yang telah di buang kerja?
Ada pula AJK PAS yang mencadang MP ini akan minta “memantau” GLC ini. Kepada cadangan yang datangnya dari sebuah parti Islam, saya ingin ingatkan masalah dahulu mungkin akan berulang kembali di mana situasi harapkan pagar pagar makan padi akan kembali ujud. Ini budaya tradisi lama dari zamam BN tidak beramanah yang sudah lama kita kenali mengikut sejarah. Kita akan pulang kembali ke zaman terbukti gelap dahulu jika mengambil pandangan AJK PAS pusat ini.
“Hadiah” yang di beri kepada MP olih Kerajaan PN merupakan “hadiah beracun” untuk rakyat.
Manisan dari hadiah beracun ini akan di nikmati olih penerimanya dan hanya racun yang berbisa di tinggalka untuk rakyat biasa menanggung sehingga anak cucu mereka.
Raja Bahrin Shah.