Ahli Parlimen Umno sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN diteruskan

Ahli Parlimen Umno sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN diteruskan

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB) bagi menzahirkan prinsip tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Tindakan itu akan dilakukan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

Ahli parlimen Machang itu memberikan tempoh sehingga hujung Januari ini untuk membubarkan parlimen.

“Sudah pasti saya ada maruah, saya ada prinsip. Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Kalau saya tarik diri saya akan sertakan sekali peletakan jawatan saya kerana saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya.

Beliau menjelaskan jawatan yang diberikan pada Julai tahun lepas itu adalah sebagai kuota bagi ahli parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan.

Namun selepas parti membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional, jawatan berkenaan perlu dikembalikan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/ahmad-jazlan-sedia-lepas-jawatan-tidak-mahu-kerjasama-dengan-pn-275910