Ahli politik patut disebat sebab bebal – Netizen

Ahli politik patut disebat sebab bebal – Netizen

Kita lantik mereka bercakap pasal masalah kita di dun atau parlimen. Mereka juga patut jadi contoh dalam pelaksanaan undang-undang.

Isu Selangor kecoh pasal baju melayu ni tak patut berlaku. Setiap tahun perkara yang sama timbul. Peraturan tu boleh ubah.

Tak kan takda YB yang usul supaya peraturan pemakaian diubah atau diwujudkan satu kod pakaian yang boleh diterima semua ahli dun.

Bukan isu besar pun. Speaker buat kerja dia. Kalau tak enforce nanti orang kata dia tak ikut undang-undang.

Sebab dia penjaga rumah dia. Peraturan pemakaian dah cakap macam tu. Tak setuju, tahun depan bawa usul peraturan dewan tentang tata perilaku pemakaian rasmi di dun.

Tak susah pun. Sampai menjadi isu utama diakhbar tu dah tak betul.

Begitu juga takiri dilihat megah dengan tingkahlaku tak pakai mask bila jumpa orang. Kalau tak nak pakai pun jangan tunjuk gambar kita jumpa orang tak pakai mask.

Atau dia rasa dia kebal sangat. Kita ahli dun dan parlimen adalah contoh dan teladan rakyat. Kalau kita dilihat melanggar undang-undang. Apa yang boleh dipelajari rakyat dengan perangai kita?

Malah kita memberi tauladan tak betul kenapa rakyat. Tambah lagi kita tu orang islam dan mewakili parti Islam. Kalau tak nak ikut undang-undang parti la. Buka parti baru nama Parti Bebas Bergerak – BEBAS. Senang dan rakyat pun faham.

Ia satu perkara yang betul untuk dijadikan contoh kepada rakyat. Dun dan parlimen ini dua-dua buat masalah adalah dari YB Pas dan komen bagus tak pakai mask pun YB Pas.

Awak dah kenapa?

Sumber :