Ahli Umno mula hidu rancangan pengkhianatan Pas

Ahli Umno mula hidu rancangan pengkhianatan Pas

Persetujuan Parti Islam Semalaysia (Pas) bersetuju menjadi sebahagian penaja penubuhan Perikatan Nasional bersama BERSATU mula menampakkan bibit-bibit perpecahan gabungan Muafakat Nasional.

Penyokong-penyokong Umno sudah mula merasakan satu pengkhianatan bakal berlaku. Menerusi status yang dimuatnaik oleh Rafi Awg Kechik ;-

“JANGAN terkejut tiba2 keluar fatwa,lebih afdal bersama kerajaan Islam daripada berada bersama pembangkang Islam..

Itu salah satu matlamat menghalalkan cara..

Tak percaya..tunggu…!

Malah status yang dimuatnaik oleh beliau telah mengundang komen-komen diantaranya;-

Muhammad Effendi Mashum:.
Kita stand atas Semangat BN kita..jenama kita dari 60 tahun. Dlm Politik ada masa kita jatuh dan bangun..jika kita dok nak kena permainkan dgn mainan politik murahan..baik kita berundur dari MN dan PN ni..UMNO satu parti yg ada struktur Parti yg kuat..ada akar umbi, ada cawangan, ada bahagian, ada perhubungan negeri dan ada UMNO Pusat. Kita ada jati diri kita..kita ada lambang kita, kita ada Muafakat BN kita..Insyallah Perjuangan yg Ikhlas Demi Agama Bangsa dan Negara kita..Insyallah kita berdoa UMNO dan BN dirahmati oleh Allah SWT.

Yaakub Hj Hassan:
silap UMNO percaya PAS
umno khasnya zahid dikhadamkan oleh hadi awang

Talib Hj Omar:
Hilang sumpah setia bersama kawan disaat susah oleh jawatan harta benda. Tak boleh buat kawan.

Suriani Kamal:
Dari dlu mna pnh pun diaorg istikhomah. Pendirian selalu goyah dan berbolak balik..

Adi Raayan:
Pru15 Rakyat akan hukum Pas

Mad Nie:
dulu kini selamanya
PAS ganti UMNO

Sebahagian komen-komen dari status yang dimuatnaik oleh Rafi Awg Kechik.