Ahmad Maslan dedah punca kenapa RM11 Billion wang tak dituntut.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi bahawa terdapat kira-kira RM11 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) milik orang ramai setakat Mac tahun ini
Menurut Bernama , beliau berkata jumlah itu adalah daripada RM14.1 bilion yang diterima Jabatan Akauntan Negara (JANM)
daripada syarikat atau firma sejak 1977 hingga bulan lepas, mengikut Seksyen 8 Akta Tidak Dituntut (Akta 370).
Tambahnya, daripada jumlah itu, kira-kira RM3.2 bilion seperti dalam akaun simpanan, insurans dan deposit telah dipulangkan kepada pemilik masing-masing.
Ahmad menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada RM11 bilion dalam WTD telah dilaburkan oleh kerajaan dalam simpanan tetap, mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957, dan faedah yang diperolehi diambil kira dalam Akaun Hasil Disatukan.
“Daripada simpanan tetap itu, kita mendapat faedah RM250 juta dan wang itu kita gunakan untuk rakyat,” katanya kepada Bernama.
Ahmad berkata WTD ditakrifkan sebagai:
1. Wang yang perlu dibayar secara sah kepada pemilik tetapi masih belum dibayar untuk tempoh tidak kurang daripada satu tahun.
2. Wang dalam kredit akaun yang tidak dikendalikan dalam apa cara sekalipun oleh pemilik untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun.
3. Wang untuk kredit akaun dagangan yang kekal tidak aktif untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun.
Menurut ahli parlimen (MP) Pontian itu, pemilik wang tidak dituntut itu boleh menuntut wang mereka
Mereka boleh sama ada mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS , di kaunter JANM di seluruh negara, atau dengan menghantar mel terus ke pejabat WTD Putrajaya.
Menurut Bernama, beliau berkata portal eGUMIS yang dilancarkan pada 2020 itu menerima kira-kira 17.2 juta pengunjung bulan lalu dengan jumlah pengguna berdaftar mencecah hampir 4.4 juta.
Beliau dipetik berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 354,912 permohonan tuntutan WTD dalam talian diterima, dan daripada jumlah itu, sejumlah RM199 juta amaun tuntutan telah diproses.
Beliau juga menambah bahawa JANM sedang membangunkan aplikasi mudah alih eGUMIS yang boleh diakses oleh orang ramai pada suku keempat tahun ini.
Ahmad berkata, kerajaan bercadang untuk meminda Akta 370, melibatkan tempoh pemindahan ke Akaun Hasil Disatukan daripada 15 tahun kepada 10 tahun, bagi mentakrifkan semula WTD mengikut Seksyen 8(a) dan 8(c) Akta 370. Beliau
dipetik mengatakan bahawa akta itu sudah lama tidak dipinda, dan kerajaan menjangkakan untuk membentangkan cadangan pindaan pada penghujung 2023.
BACA: