“Air mata aku mengalir di pipi” – Hari Pekerja yang suram untuk rakyat Malaysia

“Air mata aku mengalir di pipi” – Hari Pekerja yang suram untuk rakyat Malaysia

1 Mei kali ini agak suram, ada yang menulis secara sinis ‘Selamat Hari Pekerja walaupun tidak berkerja’ Mungkin gurauan ini sekadar nak mengembirakan hati yang gundah gulana dengan perkembangan semasa di saat PKP masuk ke fasa ke 4.

Pengumuman mengejutkan semalam dari pihak BNM menambah luka dan derita dihati. “Bukan tak nak berkerja, tapi tak dipanggil lagi masuk berkerja. Kilang stop production.

“Sudahlah selama ini kami berkerja dan mengharap ‘overtime’ (OT) untuk kami bayar pinjaman bank. Nasib kami seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga.

Dulu tarikh gaji adalah hari yang paling ceria dan dinanti-nantikan. Dalam satu bulan hari gajilah senyumanku paling manis dan melebar. Bila dikhabarkan akan dibayar separuh gaji serta sudah tiada lagi advance setiap bulan, terasa gelap dunia ini walaupun cahaya mentari sedang tegak diatas kepala. Degup jatung semakin laju di depan ATM.

Bukan sahaja sahur aku jadi tak lalu, malah ketika berbuka juga selera aku hilang entah kemana. Ada ketikanya tanpa sedar air mata aku mengalir ke pipi bila melihat anak-anak berebut lauk ketika berbuka.

Dulu korang bolehlah senyum kerana loan rumah, loan kereta ditangguhkan (moratorium) kami ni menyewa! nak tak nak, sewa rumah tetap kena bayar walaupun gaji dibayar separuh.

“Dulu isteri adalah jual sarapan pagi untuk tambah pendapatan keluarga, kali ni angan-angan nak berniaga bazar Ramadan, rupa-rupa semuanya serba menghimpit dan tak kena.

“Isteri aku cuba jugak berniaga buat online, whatapps tapi susah nak dapat customers, ada hari tak pulang modal. Bulan lepas boleh lagi, bulan ni belum tahu macam mana?

Nasib seperti aku ni sebenarnya menimpa 15,597 pekerja di negeri Johor, dikurangkan gaji atau diberhentikan kerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aku masih bernasib baik sama seperti 11,110 yang lain dikurangkan gaji. Agaknya macam mana nasib dan kehidupan 1,443 perkerja seluruh Johor yang diberhentikan?

“Aku hanya mampu berdoa agar Allah dan berserah.

Beginilah nasib kami yang bergantung gaji dengan kerja lebih masa untuk membayar hutang dan pinjaman.

Inilah cerita sebenar dan kehidupan yang aku temui sepanjang PKP. Selamat Hari Pekerja

Azam Mektar

Sumber :