Taman perumahan ini berdepan dengan ancaman bahaya akibat kehadiran buaya yang dibawa limpahan air Sungai ke kawasan tersebut.
Yang mengejutkan, reptilia tersebut dilihat berhampiran rumah-rumah penduduk.
Menurut laporan Oddity Central, keadaan ini menyebabkan penduduk Vadodara perlu berwaspada terhadap kehadiran haiwan berkenaan.
Video yang tular menunjukkan buaya tersebut berada di jalan raya dan juga di atas bumbung rumah
Satu lagi video menunjukkan sekumpulan buaya berenang di terusan, dengan seekor daripadanya mengheret haiwan yang dibahamnya.
Sungai itu merupakan habitat kepada ratusan buaya air tawar.
Menurut The Hindu, sebanyak 24 buaya telah ditangkap di Vadodara antara 27 dan 29 Ogos lalu.
“Buaya terkecil yang kami selamatkan sepanjang 0.61 meter, manakala buaya terbesar sepanjang 4.3 meter yang ditangkap pada Khamis lalu di Kamnath Nagar yang terletak di sepanjang sungai.
“Penduduk tempatan memaklumkan kami mengenai kehadiran buaya besar tersebut.
“Dua buaya lain, sepanjang 3.35 meter, turut diselamatkan pada Khamis dari Bulatan EME dan kawasan lapang berhampiran Jabatan Zoologi Universiti MS,” kata Pegawai Hutan Banjaran Vadodara, Karansinh Rajput.
Sungai Vishwamitri yang sepanjang 17 kilometer merentasi bandar Vadodara.
Penduduk yang tinggal di sepanjang tebing sungai itu sudah biasa dengan pemandangan buaya di jalan raya semasa musim tengkujuh.
Namun, pada tahun ini, banyak buaya terpaksa ditangkap dari kawasan perumahan.
BACA: Fahmi Fadzil sekolahkan Tun M, minta ingat balik zaman pemerintahan ‘Kuku besi’