Personaliti media sosial Aisar Khaled kini menarik perhatian netizen Indonesia apabila dilihat berseloroh cuba memikat hati pempengaruh terkenal negara itu, Fuji.
Sumber melaporkan bahawa Aisar pernah meluahkan perasaannya terhadap Fuji ketika muncul dalam beberapa podcast di Indonesia.
Malah, dia tidak melepaskan peluang untuk bertemu Fuji selepas tewas dalam perlawanan menentang abang Fuji, Fadly Faisal, di Jakarta pada awal
Dalam pertemuan itu, Aisar berseloroh dengan bertanya tentang jumlah wang hantaran yang perlu disediakan
jika dia berminat menjadikan Fuji sebagai isterinya suatu hari nanti.
Sikapnya yang bersahaja ini turut mencuri perhatian ramai.
Tidak hanya itu, Aisar juga berusaha memenangi hati ibu Fuji dengan memberikan hadiah semasa wanita tersebut sedang melakukan siaran langsung di TikTok.
Menariknya, bapa Fuji, Haji Faisal, turut memuji penampilan Aisar, menggambarkannya sebagai seorang lelaki yang kacak dan baik hati.
Walaupun begitu, Haji Faisal menegaskan bahawa keputusan sepenuhnya terletak di Fuji. Baginya, kebahagiaan anaknya lebih penting, dan dia menyerahkan segalanya kepada takdir.
Netizen di media sosial pula melihat merestui hubungan mereka dan ada yang mendoakan agar kedua-duanya berjodohan.
BACA: Pas Terengganu terkejut dengan pengunduran Samsuri sebagai Bendahari PN