Akaun fleksible tak sesuai untuk 4 golongan ini, no.2 tu ramai buat tanpa sedar

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Mulai Sabtu ini, semua akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahli yang berusia di bawah 55 tahun akan direstrukturkan mengikut pecahan yang telah ditetapkan,

iaitu 75 peratus akan dipindahkan ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke Akaun Sejahtera, dan 10 peratus ke Akaun Fleksibel.

Akaun Fleksibel menyediakan kemudahan penarikan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli tanpa perlu menunggu pengeluaran khas seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra seperti sebelum ini.

Dari 11 Mei hingga 31 Ogos, ahli di bawah 55 tahun akan diberi pilihan sekali untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai jumlah permulaan Akaun Fleksibel.

Jika ahli tidak membuat pilihan untuk jumlah permulaan, maka tiada pindahan akan dibuat dan baki simpanan akan kekal dalam Akaun Sejahtera.

Walaupun banyak pencarum KWSP mungkin teruja untuk memindahkan wang, terdapat beberapa golongan yang sepatutnya berhati-hati sebelum membuat keputusan tersebut.

Golongan pertama termasuk mereka yang suka berbelanja secara boros. Mereka sukar mengawal perbelanjaan dan cenderung membeli barang-barang tidak perlu hanya kerana ada diskaun atau promosi.

Golongan kedua ialah yang gemar menunjuk-tunjuk status sosial dengan membeli barangan mewah walaupun pendapatan terhad.

Golongan ketiga adalah yang suka berhutang tanpa batasan, sering kali menggunakan kad kredit dan membuat pinjaman peribadi tanpa memikirkan hutang yang sedia ada.

Golongan terakhir termasuk mereka yang tidak membuat perancangan kewangan bulanan, sering kali berbelanja tanpa mengira pendapatan atau membuat simpanan untuk keperluan kecemasan.

Oleh itu, golongan yang sesuai untuk memindahkan wang ke dalam Akaun Fleksibel adalah mereka yang mempunyai tabiat kewangan yang baik dan hanya menggunakan KWSP pada waktu-waktu kecemasan atau keperluan mendesak.

BACA: “Ayah selalu teman bila naik basikal pergi sekolah walaupun aku marah, satu hari aku accident tapi bila aku toleh belakang