‘Akaun Sulit’ Umno : Pemimpin Bersatu tidak perlu buat kenyataan – Annuar Musa

‘Akaun Sulit’ Umno : Pemimpin Bersatu tidak perlu buat kenyataan – Annuar Musa

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa menegur pemimpin PPBM supaya tidak membuat kenyataan bersifat tuduhan membabitkan Umno yang didakwa memiliki akaun rahsia dengan wang tunai yang tidak diaudit sebanyak RM114.6 juta.

Annuar berkata, tindakan tuduhan itu tidak membawa sebarang kebaikan kerana akaun rahsia yang didakwa itu adalah di luar pengetahuannya, walaupun sudah lebih 20 tahun berada dalam kepimpinan tertinggi parti.

“Akaun sulit Umno? Pemimpin PPBM atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan.

“Ia tidak membawa kebaikan. Lebih 20 tahun saya sebagai (anggota) MT Umno. Umno tidak pernah buat keputusan membuka akaun rahsia atau sulit,” katanya di Twitter.

Terdahulu, pihak pendakwaan dalam satu kes mahkamah mendakwa Umno memiliki akaun bank rahsia yang mengandungi wang tunai tidak diaudit dengan tujuan menerima sumbangan politik.

Perkara itu disebutkan oleh pihak pendakwaan semasa menyanggah dakwaan bahawa wang tunai yang dituntut oleh bekas perdana menteri, Najib Razak dan Umno dalam saman pelucutan hak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap syarikat Obyu Holdings adalah milik parti itu.

Dakwaan itu turut mendapat reaksi daripada anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Muhammad Faiz Na’aman yang menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) menjalankan siasatan jika dakwaan itu benar.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/12/pemimpin-ppbm-tidak-perlu-buat-kenyataan-isu-akaun-sulit-umno-kata-annuar-musa/