Akhirnya Ismail Sabri ulas tarikh PRU15 akan diadakan

Akhirnya Ismail Sabri ulas tarikh PRU15 akan diadakan

Di sebalik desakan untuk segera mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru melakukannya.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, PRU15 hanya akan diadakan setelah Barisan Nasional (BN) bersedia sepenuhnya.

Menurut Ismail Sabri, apa yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan ialah melakukan penelitian yang mendalam selain mengambil kira semua pendapat sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

“Setiap keputusan kita akan bincang, kita akan bincang dalam parti… dia (keputusan) tak boleh di (buat) di dalam ada satu kumpulan kecil, yang menjerit-jerit nak pilihan raya maka kita buat pilihan raya.

“Semua keputusan mesti dibincangkan secara serius di dalam parti… ini (pilihan raya) merupakan satu perkara yang besar. Jadi, parti akan bincang dan akan membuat keputusan, selepas itu mungkin beberapa perkara lain juga perlu dilihat… ada prosedur,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia di sini, pada Ahad.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022

Akhirnya Ismail Sabri ulas tarikh PRU15 akan diadakan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan beberapa pihak agar PRU15 segera diadakan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, keputusan PRN Johor perlu diterima semua masyarakat dan kerajaan yang telah dipilih perlu disokong demi keluarga besar Malaysia bersama-sama bangunkan negara.

“Saya harap selepas kemenangan ini tidak ada perpecahan sesama masyarakat rakyat di Johor… seperti saya kata kita perlukan kerajaan yang stabil untuk membangunkan negeri Johor.

“Semua pihak menang atau kalah terutama perlulah menyokong kerajaan negeri Johor ini untuk membangunkan negeri itu sendiri,” ujar beliau lagi.

Pada PRN Johor yang berlangsung pada Sabtu, BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga.

Gabungan berkenaan memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menyaksikan PH dan Muda memenangi 13 kerusi sementara Perikatan Nasional menang di tiga kerusi.

Tonton:

 

Berita Lain:

Kecoh pakcik cium bra wanita sambil beronani, tapi lain pula yang netizen perasan

Netizen dakwa Sajat bawa bala ke Australia, diisytihar darurat kerana banjir besar

Rupanya poster tular di media sosial ini disahkan palsu oleh KKM

[/bg_collapse]

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)